Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Monumen terkenal Stonehenge membingungkan para saintis dan pengunjung. Kerja mengalihkan batuan seberat 2 tan sejauh 140 batu dari bukit Preseli di Pembrokeshire, Wales, pasti sangat memenatkan.
Namun para arkeologi dari Kolej Universiti London telah membuat replika sama dan dalam eksperimen yang mereka jalankan, mereka mengalihkannya dengan menggolekkannya atas kayu. Hasilnya mereka hanya perlukan 10 orang yang membuatkan saintis percaya sekumpulan 20 orang boleh membantu mencantum setiap batu Stonehenge.
Walaubagaimanapun, keadaan sedikit berbeza dengan yang asal ketika Stonehenge dibina sebab ia dilakukan di atas permukaan jalan yang rata dan saiz batu replika adalah separuh saiz blok Stonehenge yang asal.
Menurut maklumat saluran History, batu Stonehenge dibina sekitar 5000 tahun yang lalu mungkin menjadi tempat suci penduduk di situ ketika itu untuk tujuan pengkebumian. Lingkaran luarnya dibina dengan batu pasir Sarsen dan lingkaran dalamnya dibina dengan batuan lain yang lebih kecil.
Hipotesis sebelum ini mencadangkan Stonehenge dibina menggunakan bahan seperti bekas anyaman rotan gergasi dan digerakkan dengan lembu jantan. Manakala kayu luncur yang digunakan untuk menggerakkan bahan ini telah digunakan sejak zaman China purba lagi mungkin untuk mengalihkan batu seberat 125 tan di Kota Larangan di China. Kaedah ini masih digunakan di India hari ini.
No comments:
Post a Comment