MY FOLLOWERS

Sunday, June 19, 2016

Berita - Majlis Ukhuwah dan Berbuka Puasa TAC 10 Ramadhan 1437H (15.6.2016)

Kredit kepada: TAC
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....


Majlis berbuka puasa di kalangan warga Terengganu Archery Center (TAC) diadakan di Sabasun 2 Gong Badak, Kuala Terengganu. Majlis ini diadakan pada 15.6.2016 bersamaan 10 Ramadhan 1437H dengan tentatif bermula selepas solat Asar. Majlis ini juga diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara warga pemanah di kawasan pantai timur dan dari kelab pemanah lain. Sekitar 20 orang warga pemanah hadir pada majlis ini. Persiapan dibuat seawal selepas Zohor dengan membeli beberapa keperluan seperti ais, nasi beriani, ayam goreng, cawan, pinggan, dan mangkuk polisterin, sudu dan garfu plastik, dan plastik sampah. Menu lain yang disediakan seperti laksa penang, murtabak, kuih pelita, seri muka, buah-buahan dan kurma adalah disumbangkan oleh para ahli yang hadir.  



Perkongsian bermanfaat sementara menanti waktu berbuka. Menyebut juga hadis-hadis berkaitan memanah serta manfaat, juga pemanah-pemanah hebat di zaman Rasulullah


Hidangan berbuka. Disangka sedikit, tetapi banyak... Alhamdulillahh....






Bagi mengisi slot masa sebelum berbuka, selepas solat Asar, semua ahli berkumpul di surau bagi mendengar tazkirah dan perkongsian mengenai kisah para sahabat Rasulullah yang mahir memanah dan hadis berkaitan yang menyentuh mengenai fadhilat memanah. Tazkirah disampaikan oleh ustaz jemputan yang juga ahli kelab memanah.

Selepas berbuka dan solat Maghrib berjemaah, para ahli dijemput menyertai Cabaran Jati Tunggal di lapang sasar bersebelahan kabin TAC. Semua ahli yang hadir diberikan 1 penyertaan percuma bagi Cabaran Jati Tunggal dan ia terbuka sepanjang bulan Ramadhan ini. Majlis selesai selepas beberapa peserta menamatkan cabaran yang disertai, sekitar jam 9.30 malam.

 




Walaupun majlis ini tidaklah sebesar mana, namun ia tetap diraikan dengan meriah dan menggembirakan. 


No comments: