Kredit kepada: TAC
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Adalah perkara biasa kalau selepas beberapa kali bermain, anak panah akan rosak atau pecah atau tercabut mana-mana bahagian. Anak panah yang biasa ada diperbuat daripada bahan jenis karbon, fiber, buluh atau kayu.

Kerosakan yang biasa berlaku:
- Mata panah patah, kemek, pecah atau tercabut (longgar atau terlalu kerap berlatih :-) )
- Batang syaf patah, terkoyak, pecah atau bocor (biasanya sebab terlanggar dalam satu grouping)
- Sirip (fletcher) terkoyak, tercabut atau bulu tertanggal
- Bahagian knocking belakang pecah, tercabut
Beberapa perkara yang saya perlukan untuk membaiki panah yang rosak ialah heat gun, gam, gunting, benang, gergaji kecil, alat pengepit panah (flexing jig), bahagian gantian untuk syaf, mata panah, sirip (sama ada jenis getah atau bulu plastik), dan knocking belakang (biasanya jenis plastik, tidak perlu bagi syaf jenis buluh dan kayu).
Alat flexing jig
Yang masih dalam proses baikpulih
Bersama koleksi sirip gantian
Heat gun dan gergaji kecil
Untuk panah jenis karbon dan fiber
Semua mata panah dibuat daripada besi, sama ada untuk panah jenis fiber, karbon, kayu dan juga buluh. Kalau untuk tukarkan mata panah yang rosak, katakanlah disebabkan hujung syaf yang dekat dengan mata panah pecah, mula-mula panaskan hujung syaf itu menggunakan alatan heat gun selama beberapa saat dan tanggalkan mata panah. Proses pemanasan dibuat bagi mencairkan gam asal yang melekatkan mata panah. Kemudian potong sedikit bahagian syaf yang pecah dan pasangkan semula mata panah yang sudah dititis dengan sedikit gam. Gantikan dengan jenis mata yang sesuai dengan saiz diameter batang panah (syaf).
Kaedah sama boleh juga digunakan untuk kes mata panah asal yang tertanggal.
Untuk kes bahagian knocking belakang, kena lihat jenis yang dipasang sama ada jenis pasang di dalam batang syaf atau di luar. Biasanya yang saya dapati, kebanyakan knocking dibuat daripada bahan plastik. Jadi, kalau dipasang di luar batang panah, biasanya tidak dapatlah dicabut dengan memanaskannya menggunakan heat gun sebab bahan plastik akan cair. Melainkan kalau ia sudah tertanggal sendiri (mungkin sebab tidak digam dengan baik atau sudah memang longgar). Kalau dilekat dalam batang syaf, maka boleh sahaja dipanaskan sedikit di bahagian luarnya dan boleh terus dicabut. Pasang knocking baru yang sesuai dengan diameter batang panah itu.
Untuk kerosakan bahagian sirip (fletcher), mula-mula pasangkan batang panah pada jig dan tetapkan bahagian pengepitnya. Kepitkan sirip gantian pada pengepit, sapukan gam dan lekatkannya pada batang panah. Pastikan juga jarak antara sirip dan knocking belakang sama dengan jarak asalnya. (Jarak ini adalah sebagai ruang meletakkan jari ketika memanah) Begitu juga dengan sudut antara sirip-sirip yang dipasang. Biarkannya beberapa minit dan cabut pengepit.
Kalau kes batang panah rosak teruk (katakanlah bahagian sirip, knocking dan mata panah semuanya masih baik), nampaknya terpaksalah cabut kesemuanya dan pasang pada batang panah yang baru. Lagi mudah beli sahaja panah yang baru manakala sirip, knocking dan mata panah daripada batang panah yang rosak itu, simpan sahaja sebagai alat ganti :-) (hahahaha!)

Hujung ditutup buat sementara bagi kerja baikpulih panah, sebelum dikepit pada flexing jig
Bagi panah yang rosak di bahagian ini, boleh juga gantikan dengan knocking jenis fast shooting
Selesai benang diikat, sapukan sekitar benang untuk elakkannya terputus dengan mudah
Jomm main!
Untuk panah jenis kayu dan buluh
Bagi kerosakan mata panah dan sirip, prosesnya sama sahaja dengan panah jenis karbon dan fiber. Bezanya untuk menggantikan sirip, kena tanggalkan dahulu benang yang melilit bahagian depannya dan belakangnya (tengok keadaan).
Bahagian knocking belakang dibuat sekali dengan batang panahnya, jadi tidak perlu risau sangat untuk mencabutnya. Melainkan kalau berlaku kes pecah, maka bahagian pecah perlulah dipotong, tanggalkan benang yang ada pada panah, sirip dicabut dan dipasang semula dengan dianjak sedikit jaraknya ke depan. Gergajikan sedikit hujung belakang sebagai ruang knocking baru. Kemudian ikatkan benang pada ruang antara sirip dan knocking, dan bahagian depan sirip. Sapukan gam pada seluruh benang untuk elakkannya tertanggal. Kalau mahu gunakan knocking lain, gunakan jenis yang pasang di luar.
No comments:
Post a Comment