MY FOLLOWERS

Tuesday, March 1, 2011

Sekadar Luahan - Pelajaran Paling Diminati dan Dibenci di Sekolah...Sebabnya???

Credits to: -
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...


Setiap orang pasti ada subjek-subjek yang digemari ketika di zaman sekolah. Semestinya, bila ada ujian atau peperiksaan subjek berkenaan, ia menjadi satu peluang untuk lonjakkan sebahagian pencapaian dalam akademik. Bagi saya, subjek Matematik, Pendidikan Islam dan Lukisan Kejuruteraan adalah pilihan. Kebolehan melukis yang saya miliki menjadi pendorong.

Saya yakin setiap orang memiliki kelebihan yang berbeza dan ia terdapat dalam minda masing-masing yang telah dikurniakanNya. Ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sebab itulah jika diperhatikan, pencapaian setiap seorang individu tidak sama.

Oleh kerana banyaknya subjek yang perlu dipelajari di sekolah, timbul pula perasaan tidak menyukai beberapa subjek lain. Di sekolah, saya cukup tidak suka pada subjek Pendidikan Muzik, Sejarah dan Kimia. Saya sendiri tidak tahu kenapa saya tidak sukakan Pendidikan Muzik, tetapi lain pula bagi subjek Sejarah dan Kimia. Sejarah memerlukan pelajarnya bukan sekadar memahami banyak fakta. Bagi saya, ini sesuatu yang sukar kerana perlu membacanya seperti membaca cerita yang panjang. Leceh! Pemikiran pula perlu kritis. Pening saya dibuatnya..


Kimia pula tidak seperti Matematik walaupun ada formula seperti Matematik, namun yang susahnya ialah kaedah formula untuk dapatkan campuran yang betul hasil sesuatu tindakbalas kimia itu. Kalau salah tindakbalas lebih-lebih lagi bila membuat eksperimen, lagilah haru biru..huhuhu... Lagi saya pening! Kalau Matematik, perlu faham bagaimana untuk selesaikan formula sahaja. Hanya nombor dan operasi yang terlibat serta kaedah yang digunakan. Tidak perlu praktikal atau eksperimen seperti Kimia.

Bagi pembaca sekalian, apa subjek kegemaran anda dan kenapa?

7 comments:

Waibee's said...

sejarah la senang.. ia berkaitan dengan pengetahuan am dan juga keinginan nk belajar kesilapan masa lmpau.. kn best gitu!

Anonymous said...

sayaa suke mathh..tapi lembap jgakkk..baek xyah minat mane2 subjek..hahaha

Amanie Khairunnisa said...

saya suka kimia sbb menarik. kite blaja teori dan applykan pd eksperimen nk tentukan samaada sama atau tak result yg kita dapat :)

Unknown said...

masa akak dulu suka sangat subjek sastera..tak tau napa..tapi bagi akak sebab ia mudah :)

nagisa_rin said...

salam..
hee..
saya plg sk math,add math,kimia,sejarah,pdidikan islam..
haha..
smua subjek sy sk sbrnya..
baek yg fakta n kira2..
nk wat cmner,sk mbaca,sk mngira..
lyn sudahhhh..
lg pn zaman skola adalah zaman yg mnyeronokkan even tanpa hp..
kan?kan?kan???

Hansyitake~ said...

sy paling minat kimia.. rasa satisfaction kalo dpt ingat sume formula n reaction :)

yg paling tak minat add math... erk..

Rina Rossoneri said...

xsuka segala kira2..
suka segala karang2 panjang2 buat essei..
:D