MY FOLLOWERS

Wednesday, February 1, 2012

Berita - Aktor Terkejut Kerana 'Dikudungkan'

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum......

Seorang pelakon terkejut setelah melihat papan iklan billboard bagi kempen anti-diabetes yang memaparkan gambar dirinya dengan kaki yang 'dikudungkan'. 


Cleo Berry, 27, memberitahu New York Times dia menghadiri satu sesi foto dengan bayaran $500 bersama jurufoto Morten Smidt. Walaubagaimanapun, foto-foto yang diambil ketika itu telah dijual kepada sebuah syarikat foto, ImageSource. Kemudian, foto tersebut dijual pula kepada Jabatan Kesihatan Bandaraya New York dengan sebelah kakinya 'dihilangkan' secara digital dan digunakan dalam poster kempen anti-diabetes.

Menurut jabatan tersebut, adalah suatu perkara yang biasa bagi pihaknya menukar atau mengedit mana-mana bahagian foto yang akan digunakan, tanpa kehadiran model terbabit. Berry juga telah menandatangani dokumen penepian sebelum sesi foto diadakan, sekaligus membenarkan sebarang perubahan dan pengedaran dibuat.

Bantahan utama Berry berkenaan iklan ini ialah bagaimana kesannya terhadap kerjayanya di masa akan datang. Dia menyatakan sememangnya ingin wajahnya dipaparkan di iklan-iklan di seluruh bandar tetapi bukan dengan keadaan sebegini.


KLIK SINI untuk bacaan penuh.

2 comments:

nurkaloi said...

laaa mcam2 hal...carik laaa org yg betol2 dah kdung sbb diabetes

Cik Anita said...

erkkk.

alahai. kenapa pulak lah jadi camtu, memang patut lah dia tak puas hati pun. tu memang hak dia. iskk. macam2 hal..