MY FOLLOWERS

Tuesday, March 29, 2016

Berita - Karnival TV9 Raudhah di Hatiku 25-26.3.2016 Pulau Warisan, Kuala Terengganu

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Seperti juga pada tahun-tahun sebelum ini, karnival TV9 Raudhah di Hatiku kembali diadakan di Pulau Warisan berdekatan Kampung Cina dan Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Karnival ini diadakan pada 25-26.3.2016.

Kedatangan karnival ini di Terengganu kali ini menjadikan kawasan bandar Kuala Terengganu lebih sibuk daripada biasa atas sebab karnival TimurFest juga diadakan pada tarikh hampir sama iaitu 24-26.3.2016 bertempat di Terengganu Trade Center (TTC).

Kali ini pengunjung dapat bertemu dengan beberapa artis jemputan di khemah seperti Cerekarama, Bananana, Raudhah di Hatiku, dan Lin Nisa yang dikhaskan untuk pengunjung wanita sahaja. Artis yang datang ke sini kali ini ialah Johan Ashaari, Azrel Ismail dan Nisha Dirr. Dalam masa sama, jika ke TTC pengunjung dapat bertemu selebriti lain seperti Danny, Mia Ahmad, Khai dan Rosma, Lan Kristal, Azwan Kombos dan Liza Abdullah.






Promosi siri animasi baru Ejen Ali - watak Ali, Bakar, Alicia dan kucingnya Comot







Sempat juga tengok depan kamera Johan Asaari, Azrel Ismail dan Nisha Dirr




Selebriti dan jemputan lain yang hadir di karnival kali ini ialah Ustazah Sharifah Khasif, Bella Yunus, Da'i Hamidah, Da'i Syallah dan Uyaina.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang bertemu untuk melakukan scan dan rawat secara percuma bagi sebarang penyakit berkaitan gangguan makhluk halus di gerai yang dikendalikan oleh Ustaz Sharhan sendiri. Di gerai itu juga pengunjung boleh juga membeli produk seperti buku panduan perubatan Islam serta beberapa makanan sunnah. 

Turut membuka gerai ialah PDRM dan pihak hospital yang menyediakan kemudahan pengunjung untuk menderma darah. 

Seni dan Kreativiti - Batman Arkham

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan:
Yahoo Movies


Assalamualaikum.....


Konsep seni untuk permainan video Batman Arkham seperti yang diketengahkan oleh pembangun permainan ini - Rocksteady. 

Kalau mahu lebih puas hati, anda boleh juga lihat paparan gameplay yang banyak di Youtube. 












Sumber penuh aksi: SINI   |   



Sunday, March 27, 2016

Artikel - Elakkan Rumah Daripada Dimasuki Pencuri

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



Pernahkah anda semua dengar cerita orang-orang dahulu tentang pencuri, apabila dia masuk dalam rumah yang diceroboh kemudian tidak boleh keluar? Bila dia masuk, dia nampak laut, nampak air, kemudian berenang di ruang tamu atau atas simen di dapur atau termenung dan menangis di tengah-tengah rumah atau dalam bilik mandi. 

DOA dan AMALAN mengelakkan rumah yang ditinggalkan daripada dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yang sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut::
  1. Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH: 1 kali
  2. Berselawat keatas Nabi s.a.w.: 3 kali
  3. Baca Ayatul Qursi: 1 kali
  4. Baca surah Yasin (ayat ke : 9): 1 kali



Bermaksud :: "Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5 Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM"

Kita sebagai orang Islam walaupun perlu tegas dengan penyamun kita masih perlu ada sifat bertimbang rasa atau kasihan..

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.

Aamiiin...

Berita - TimurFest di Galeri A dan B, Terengganu Trade Center 24-26.3.2016

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Acara karnival jualan TimurFest diadakan buat kali ke-4 di Terengganu pada 24-26.3.2016. Bezanya kali ini ia diadakan di Galeri A dan B di Terengganu Trade Center berdekatan dengan pasaraya Mydin dan Giant Padang Hiliran. Acara kali ini dihadiri beberapa artis tempatan seperti Danny, Liza Abdullah, Ezzati Abdullah, Khai dan Rosma, Azwan Kombos, Mia Ahmad dan Zizan Razak. 










Antara yang dijual ialah wangian, tudung shawl, buku-buku novel, produk kesihatan, pakaian berjenama, kasut dan aksesori, kek dan pastri, penapis air Coway, dan kenderaan dari jenama Mitsubishi. Cabutan bertuah turut diadakan.   



Hidupan Liar - Dapat Habuan

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Kucing vs Cicak

Adalah menjadi pemandangan biasa kalau ada yang nampak kucing terkam tikus, ular atau burung. Kali ini mangsanya cicak. Bezanya ini bukan yang asyik melekat atas dinding tetapi yang berbelang macam cicak tokek.








Ingatkan mulanya sekadar buat main, sekali kena 'ngap'!

Berita - Mesyuarat Agung PIBG SKKGB 25-26.3.2016

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Baru-baru ini pergi menghadiri mesyuarat di sekolah anak yang baru masuk darjah 1. Ini kali pertama dapat jemputan dari pihak sekolah untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG yang kali ini adalah yang ke-13 ia diadakan. Diadakan di kawasan dataran perhimpunan Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak Kuala Terengganu pada 25-26.3.2016.















Acara pada 25 Mac bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari dan disambung jam 3.30 petang hingga 7 malam. Antara yang diadakan sepanjang hari mesyuarat ini selepas ucapan daripada beberapa guru ialah sesi penyampaian penghargaan kepada beberapa murid dengan keputusan cemerlang tahun 2015. Jam 3.30 petang diadakan pertandingan mewarna untuk Tahap 1 dan 2 di bilik ko-kurikulum, dan penyampaian hadiah jam 6 petang. Selain itu diadakan gerai jualan di sepanjang koridor sekolah yang menjual makanan dan minuman, kain tudung, aiskrim, insurans/takaful dan pemeriksaan gigi percuma oleh klinik pergigian.  




Monday, March 21, 2016

Hidupan Liar - Nak Pelihara Sugar Glider?

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Ini bukan tupai terbang, ini namanya Sugar Glider.

Saya coretkan mengenai haiwan peliharaan ini selepas ke satu karnival dan di situ ada satu gerai yang menjual beberapa jenis haiwan peliharaan seperti kura-kura, cicak salamander, ikan dan hamster.  


Tengok sugar glider keee tengok awek tu? Senyum lagi...hehehe




Menurut Wikipedia, sugar glider (nama saintifik: Petaurus breviceps) ialah satu spesis haiwan possum nokturnal bersaiz kecil, omnivor dan termasuk dalam infrakelas marsupial. Namanya merujuk kepada sifatnya yang sukakan makanan bernektar manis dan kebolehannya meluncur di udara tidak ubah seperti tupai terbang. Penampilannya seakan sama dengan tupai terbang walaupun ia tiada kaitan.

Haiwan ini dikategori mengikut membran luncurannya dikenali sebagai patagium, yang boleh dikembang dari sisi kakinya. Meluncur menjadi kelebihannya bagi mencari makanan dan mengelakkan daripada haiwan pemangsa.


Saya bukanlah orang yang obses ikut trend semasa dalam hal membela haiwan seperti ini, bukan juga membenci cuma agak cerewet sebab ada anak kecil yang aktif sangat dan khuatir akan susah kemudian. Jadi di sini saya sertakan sahaja beberapa tips dan info dari laman lain. 

Ada satu blog menasihatkan kepada sesiapa yang berminat untuk bela haiwan ini, perlu untuk tahu semua kebaikan dan keburukannya, lebih-lebih lagi sebab ia akan bising pada waktu malam yang mungkin akan mengganggu waktu tidur anda. Jangan terlalu terpengaruh dengan orang lain kalau mereka juga membelanya. Kaji dahulu sebelum ambil sebarang keputusan. Anda boleh BACA SINI untuk selanjutnya.

Seperkara lagi, sudahkah anda bersedia kalau ia mengeluarkan bau-bau yang tidak menyenangkan? Bagaimana dengan aspek pemakanannya dan peralatan berkaitan untuk uruskannya? Kalau belum, anda kenalah BACA SINI untuk sedikit perinciannya.



Salamander - antara haiwan lain yang turut dijual pada hari karnival itu


Sedikit info berkenaan salamander ini. Ia haiwan dua alam. Ketika kecil ia banyak menghabiskan masa dalam air dan apabila sudah besar sedikit ia akan mula naik ke darat. Haiwan amfibia ini bersaiz seperti cicak sahaja. BACA SINI

Berkenaan kura-kura, saya baru tahu tentang hukumnya. Rupanya ada hukum agama yang menyentuh akan hal ini. Hukumnya dikatakan MAKRUH kerana memelihara haiwan yang tidak boleh dimakan dan tanpa ada niat untuk memakannya. Sila BACA SINI untuk keterangannya. 



Hidupan Liar - Rawatan Mata Si Kecil

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Sebelum ini ada pergi ke klinik veterinar tetapi sayangnya doktor tidak dapat melakukan pembedahan atas sebab kekurangan ubat yang berkaitan.

Selepas itu, saya pun balik ke rumah dengan keadaan bisul matanya masih ada dan bernanah. Ada kuping sudah sedikit tertanggal dan si kucing ini pula sudah mula menggaru dengan kaki depan mungkin sebab gatal. Bila bergerak ke mana-mana, nampak keadaannya seperti sangat tidak selesa.

Sudahnya saya sendiri tidak sanggup lagi untuk tengok dan biarkannya begitu sahaja. Jadi saya bawa kucing ini sekali lagi ke klinik veterinar di Bukit Kecil, Kuala Terengganu. 

Pemandangan di klinik, biasalah, sama juga macam klinik manusia. Setiap masa ada sahaja pesakit. Bezanya kali ini, doktor ada sediakan ubatnya sesuai dengan usianya. Jadi saya tinggalkannya dahulu di klinik selepas kucing ini disuntik dengan ubat penenang. Doktor beritahu boleh datang ambil semula selepas tengahari selepas jam 2 petang.


 
Sekitar tengahari, kucing ini dibius dan bisul mata dibuang dalam keadaannya tidak sedar. Menurut doktor, matanya yang berbisul itu sudah pun rosak dan tidak dapat melihat lagi, cuma tidak dibuang sebab tidak pecah. Jadi mata itu dibiarkan sahaja. Kalau jadi apa-apa lain kali, boleh telefon dan datang semula. Servis di klinik veterinar kerajaan cuma dicaj RM20 sahaja untuk kes kali ini. 



Menurut doktor juga, kucing ini dalam kes ini, akan sedar sekitar 2 jam kemudian. Jadi saya pun bawanya pulang ke rumah dan biarkannya tidur dahulu. Sekitar petang barulah dia terjaga dan boleh berjalan semula, itu pun masih terhuyung-hayang dahulu sebab kesan ubat bius yang belum hilang. Keinginan untuk makan itu ada, cuma mungkin sebab kesan bius juga dia jadi belum berselera.  



Hanya selepas beberapa jam kemudian ketika sudah malam barulah dia nampak kembali cergas dan berselera makan. Foto akhir, selepas kembali pulih   :-) 


Seni dan Kreativiti - Foto Creepy Sebagai Terapi...?

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Seni itu luas. Adakah foto seram juga sebahagian daripadanya? Kalau tanya saya sendiri, baik cari tema lain. Buatnya tak boleh tidur malam... eerrrr...










Seorang jurufoto Katie Eleanor menghasilkan siri foto yang agak creepy yang mencerminkan sisi imaginasinya namun masih mempunyai satu sifat penyembuhan buat dirinya yang telah didiagnos dengan masalah kesihatan mental. Dengan kata lain penghasilan siri foto ini sebagai terapi. Foto berlatarkan abad ke-19 di shoot dalam bentuk hitam putih dan diwarnakan dengan tangan sendiri menggunakan cat dan berus. 


Sumber berjaga malam:   SINI   |