MY FOLLOWERS

Wednesday, March 18, 2015

Artikel - Aurora Merah Jambu

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....




Beberapa jurufoto tempatan berjaya merakamkan fenomena aurora ini di langit New Zealand iaitu di Dunedin sekitar jam 2 pagi waktu tempatan. 



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.



Artikel - The Pirate Bay Diserbu dan Ditutup

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

Lanun yang tumpas...

 
Apa, ko ingat ko terer??


Polis Sweden telah menyita server komputer hos kepada laman perkongsian The Pirate Bay yang menjadikan laman terkenal itu ditutup, kata pihak berkuasa Sweden. Menurut agensi, serbuan berkenaan diadakan pada sebelah pagi di sebuah bilik server di Stockholm sebagai sebahagian daripada siasatan pelanggaran hakcipta.

"Di masa akan datang, banyak lagi kaedah siasatan akan digunakan termasuk menyoalsiasat individu berlainan," katanya dalam satu kenyataan.

Laman The Pirate Bay yang mula ditubuhkan pada 2003 membenarkan pengguna mengelak daripada membayar caj hakcipta dan berkongsi muzik kegemaran mereka selain filem dan pelbagai fail lain menggunakan teknologi bit torrent atau pautan secara peer-to-peer yang ditawarkan oleh laman berkenaan.

Mahkamah Sweden telah mengenakan hukuman penjara dan denda yang berat kepada pengasasnya Carl Lundstroem, Fredrik Neij, Gottfrid Svartholm Warg dan Peter Sunde.

Dalam kenyataannya di blog, Sunde berkata dia percaya laman berkenaan telah tersasar dari matlamat asalnya.



Sumber asal kerja lanun....


Artikel - Salasilah Keturunan TGNA

Kredit kepada: The Pena
Gambar ihsan: The Pena



Assalamualaikum.....








Kalau sebelum ini hanya tahu serba sedikit mengenai salasilah keturunan tokoh-tokoh tertentu, kali ini baru tahu mengenai seorang tokoh yang begitu dihormati dan disegani. Meskipun kini beliau telah tiada, namun namanya masih tetap diingati sebagai seorang tokoh yang tinggi ilmu agamanya dan begitu dihormati. Semoga beliau ditempatkan bersama golongan soleh dan terus mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.



Artikel - Islam Itu Tinggi Nilainya.....

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




"Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya" - (HR. Ad-Daraquthni, al-Baihaqi - dinilai sahih oleh al-Albani)

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu memBELA (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." - (QS:47. Muhammad,7)

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah bercerai-berai dan berselisih pendapat sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.“ - (QS:Ali Imran [3]:105)

Hari ini kita semua belajar dan mengagung-agungkan pendidikan, budaya dan cara hidup barat. Sebahagian dari kita sudah tidak sama sekali dapat melihat rasional kebaikan sistem Islam itu sendiri. Hati kita telah menjadi keras sekeras batu untuk menerima kehebatan kaedah dan manual agama kita sendiri atas kejahilan yang sengaja ditanamkan ke jiwa kita itu.

Pada masa yang sama kita semua tahu yang ilmu Islam telah dicuri dalam Perang Salib dan masih terpisah dari kita sampai sekarang.

Hari ini telah kuat tertanam dalam minda dan mentaliti orang kita bahawa segala yang maju dan kuat itu milik barat. Segala yang dari barat itu baik. Sesungguhnya kita semua lupa apa itu sebenar-benarnya kemajuan dan kehebatan sebuah ketamadunan, yang telah berasas di MADINAH.

Jika Adam yang diturunkan ke dunia dalam keadaan terlanjang itu dahulunya 'kuno'. Allah berikan PAKAIAN agar Adam kelihatan maju. Itulah SISTEM yang harus diPAKAI. Cara berpakaian itu juga adalah sebahagian dari sistem itu.

Penduduk Asli (asal) Amazon yang kuno itu masih telanjang, bercampur baur lelaki dan wanita dan bebas bersenggama macam haiwan sampai sekarang. Mereka itulah pengamal demokrasi semulajadi. Tiada siapa boleh sekat siapa. Kita semua tahu dan boleh terima pula itu sebagai kemunduran..!

Untuk maju, lalu Allah anjurkan manusia berpakaian agar kelihatan sopan dan bertamadun. Allah suruh kita tutup apa yang perlu ditutup. Perkahwinan dan kehidupan bersosial juga diatur dengan sistematik.
Hari ini, barat terbalikkan keadaan itu semuanya dan kita semua ikut jadi pak turut.

Wanita Islam kini ikut bogel dan separuh bogel di khalayak ramai. Yang berpakaian pun masih macam terlanjang. Manusia digalakkan menuntut kebebasan semaunya. Ikut suka nak pakai apa, nak bersenggama dengan siapa dan tidak kira di mana sahaja; di tepi jalan, tepi pantai, taman bunga, tangga supermarket, dalam kereta, dalam tandas, dalam surau, dalam kelas, semuanya terjadi ikut suka.. tanpa segan silu.

Yahudi, Nasrani, Auz dan Hazraj di Yathrib dahulunya berpecah belah dan bermusuhan. Dengan sistem politik Islam, mereka berjaya disatukan. Itulah tamadun Islam di Madinah. Mereka hidup bersatu hati dan saling bekerjasama penuh kasih sayang dengan berbekalkan satu faham.

Hari ini demokrasi tajaan barat menjerat kita untuk saling berbalah, saling menfitnah, berpecah belah dan berbunuhan. Sistem itu sendiri tidak mungkin membolehkan berlakunya satu PENYATUAN secara global, walhal kita tahu Islam itu agama PENYATUAN. Setiap diri dan kelompok menuntut kebebasan sebebasnya macam jahiliyah, macam haiwan dan orang asli Amazon.

Ironinya, kita semua masih memandang dan menganggap itulah KEMAJUAN. Habis golongan ulamak, tok tok lebai dan muslimah berpurdah yang Allah dan rasul perintah untuk diam berhijab di rumah pun ikut terjerit jerit melaungkannya. Yang memang jahil dan sukakan kebebasan hidup apatah lagi...

Demikian juga dalam bidang theologi, sosiologi, ekonomi dan sebagainya. Jika kita masih mengharapkan semuanya diperolehi dari barat dan tidak berani menggali sendiri, sampai bila pun kita akan terus bergantung harap dengan mereka... Ya, mereka di atas dan kita tetap di bawah.

LALU BILAKAH ISLAM DAN MUSLIM ITU BOLEH JADI "LEBIH TINGGI" DAN "LEBIH BAIK' DARI MEREKA SEPERTI HADIS DI ATAS?

QS: 57. Al Hadiid 16. "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka menZIKIRKAN Allah dan kepada kebenaran yang telah turun, dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi KERAS. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang FASIK".

QS: 6. Al An'aam 43. "Maka mengapa mereka tidak memohon dengan tunduk MERENDAHKAN DIRI ketika datang SIKSAAN Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi KERAS, dan syaitanpun menampakkan kepada mereka KEBAGUSAN apa yang selalu mereka kerjakan

TELAH LAMA KITA MENGABAIKAN KEBENARAN DAN CUKUP LAMA KITA TERSIKSA. NAMUN MASIH TIDAK MAHU MENGALAH, MASIH MENGAKU PANDAI DAN MAHU TERUS GUNA CARA KITA. SUNGGUH HATI KITA TELAH KERAS MEMBATU. INILAH HAKIKAT KEFASIKAN, KEMUNAFIKAN KITA YANG MELETAKKAN KITA DI KERAK API NERAKA.

QS:4. An Nisaa' 145. "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka."



WARGA PRIHATIN.

Monday, March 16, 2015

Berita - Bukti DNA Membebaskannya Daripada Kesalahan Selepas 20 Tahun Di Penjara

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....





Seorang lelaki Mexico dibebaskan daripada tuduhan jenayah rogol selepas bukti DNA yang baru dikemukakan. Bukti ini membebaskannya selepas berada 20 tahun dalam penjara. Angel Gonzalez, kini berusia 41 tahun menjalani hukuman penjara selama 40 tahun atas tuduhan serangan seksual dan penculikan pada tahun 1994 dalam satu kes jenayah rogol seorang wanita di Illinois. Menurut pejabat peguam Lake County State Attorney Michael G. Nerheim, teknologi ujian forensik sementara yang ketika itu belum lagi ada, kini menunjukkan profail DNA dua lelaki yang ditemui pada seluar dan barangan peribadi mangsa menunjukkan tidak ada satu pun yang sepadan dengan DNA pesalah. Angel belum dibebaskan lagi ketika itu kerana masih menjalani hukuman tambahan 3 tahun kerana merosakkan sinki ketika di awal tahanan.

Dua lelaki menculik wanita tidak dikenali dari pangsapurinya dan diserang secara seksual di belakang halaman rumahnya. Mangsa memberitahu penjenayah berkenaan memandu kenderaan model lama, warna gelap jenis sedan 4 pintu dengan cermin gelap. Pegawai penyiasat mencatatkan nombor plat kenderaan milik Gonzalez kerana ia ditinggalkan di pangsapuri itu pada malam kejadian. Selepas jam 1 pagi, Gonzalez ditahan, digari dan dibawa ke kereta peronda. Mangsa dalam kereta peronda lain mengenalpastinya sebagai perogol pada malam kejadian. Gonzalez ketika itu hanya bertutur sedikit Bahasa Inggeris dan berusia 20 tahun berkata dia dan teman wanitanya melawat kakaknya yang tinggal di pangsapuri itu namun polis enggan menyiasat alibinya ketika itu.

Kemudian 4 saksi hadir di perbicaraannya mengesahkan dia datang ke pangsapuri kakaknya namun masih disabitkan kesalahan. Dia disuruh menulis kenyataan kejadian itu dalam bahasa Sepanyol selepas soal siasat selama 9 jam. Selepas mendapati pengakuannya bertentangan dengan fakta kes, pegawai siasatan menulis pengakuan dalam bahasa Inggeris yang tidak dapat dibaca.
Pejabat Nerheim begitu komited dalam menyiasat kes ini dan menjejaki perogol sebenar. Projek Innocent mencabar tuduhan berkenaan dan Gonzalez bakal dibebaskan selepas didapati tidak bersalah. 





KLIK SINI untuk artikel penuh.




Artikel - Hukum Beramal Dengan Petua dan Pantang Larang Melayu

Kredit kepada: Ilmu dan Ulamak, Malaysia Ria
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....






Soalan

Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya, apakah hukum mempercayai petua-petua, pesan dan pantang larang orang dahulu kala yang disebut 'kenan'. Sebagai contoh ada pesan orang tua mengatakan jangan menyapu rumah ketika waktu malam kerana ditakuti rezeki akan "disapu keluar".

Apakah kesan mempercayai kesan seperti ini kepada akidah kita dan apakah dalil yang ada untuk membenarkan atau menyangkal perkara ini?

Soalan tambahan saya, bagaimanakah caranya untuk kita mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu yang boleh diikuti serta tidak menjejaskan akidah dan amalan yang mana harus dielakkan?



Jawapan

Semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya;

1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar dari skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui Rasul-Nya di dalam as-Sunnah. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”. (an-Naml: 65)

2. Tidak memalingkan seseorang dari keyakinan bahawa segala yang berlaku -sama ada baik atau buruk- adalah dari ketetapan Allah (Qadarullah). Begitu juga, keyakinan hanya Allah yang mendatangkan mudarat dan manfaat kepada manusia. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah aku melainkan hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira bagi orang-orang beriman”. (al-A’raf: 188)

3. Tidak membawa kepada pengamalan yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah atau terpaksa meninggalkan amalan yang disuruh al-Quran dan as-Sunnah kerana ingin beramal dengan petua atau pantang larang.

4. Tidak membawa kepada mengubah hukum Allah terhadap sesuatu iaitu sama ada mengharamkan apa yang halal atau menghalalkan apa yang haram. Ini kerana hak untuk menentukan halal atau haramnya sesuatu bukan milik manusia, akan tetapi milik Allah.

5. Tidak berupa kepercayaan kepada sial sesuatu kerana kepercayaan sebegitu dilarang oleh sabda Nabi; "Tidak ada sial sesuatu (di dalam Islam)" (HR Imam al-Bukhari dari Anas). Nabi juga bersabda; “Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a./ al-Jami’ as-Saghir, no. 8701)

6. Tidak berupa tilikan atau tenungan kerana ia dilarang oleh Nabi dalam sabdanya: “Sesiapa pergi kepada seorang kahin (tukang tilik/tenung), lalu ia mempercayai apa yang ia khabarkan, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadapy apa yang diturunkan kepada Muhammad (yakni agama Islam)”. (HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8285)

Oleh demikian, supaya petua dan pantang larang yang hendak diamalkan tidak bercanggah dengan agama ia mesti berlandaskan dalil-dalil yang diakui Syariat iaitu sama ada diceduk dari al-Quran atau as-Sunnah atau berdasarkan kajian atau pengalaman. Petua yang tidak berdiri di atas dasar yang tidak difahami (atau dikaitkan dengan kepercayaan tertentu tanpa dalil Syarak; yakni al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah dielakkan dari beramal dengannya. 

Sebagai contoh, pantang larang bagi ibu-ibu selepas bersalin selama 44 hari yang membabitkan perkara berikut;
1. Tidak boleh bersama suami (berjimak) sepanjang tempoh itu
2. Tidak boleh makan makanan sesuka hati (ada makanan yang perlu berpantang)
3. Tidak boleh turun ke tanah kerana dikhuatiri diganggu oleh jembalang tanah.

Perkara pertama ada kaitan dengan dalil Syariat di mana tempoh paling lama nifas bagi wanita bersalin ialah 40 atau 60 hari mengikut perbezaan pandangan ulamak dan dalam tempoh tersebut sememangnya tidak harus berlaku jimak, oleh demikian pantang larang tersebut harus diamalkan. Perkara kedua (berpantang makanan), ia kembali kepada pengalaman dan ia juga harus diamalkan jika kita yakin dengan pengalaman orang-orang dulu. Perkara ketiga (tidak boleh turun ke tanah), ia berkait dengan kepercayaan tentang makhluk ghaib, tidak harus diamalkan kerana ia bersifat khurafat kerana tiada dalil al-Quran mahupun as-Sunnah mengesahkannya.

Begitu juga pantang larang yang dikemukakan dalam soalan di atas (jangan menyapu sampah di malam hari kerana dikhuatiri rezki akan hilang); pantang larang ini dilihat dari segi dalil al-Quran atau as-Sunnah, tiada ayat al-Quran ataupun hadis mengesahkannya. Melihat kepada kajian dan pengalaman juga tidak kuat sandarannya. Oleh demikian, tidak usahlah pantang larang sebegitu dipercayai kerana dibimbangi kita akan terbawa-bawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut atau mempercai sial sesuatu yang telah sabit larangan terhadapnya oleh ayat al-Quran dan hadis di atas tadi. Jika kita perlu menyapu sampah di malam hari kerana kebetulan ada sampah yang perlu dibersihkan, lakukanlah tanpa khuatir kepada pantang larang tersebut kerana tiada nas Syarak melarang perbuatan tersebut. Jika ditakdirkan kita mengalami kerugian selepas hari tersebut, wajiblah kita mengembalikan kerugian itu kepada qadha dan qadar Allah, bukan kerana kita telah melanggar pantang larang tersebut.

Petua dan pantang larang yang jelas bercanggah dengan Syariat (al-Quran dan as-Sunnah) haram diamalkan. Dari segi kesan, jika ia menafikan aqidah yang wajib diiktiqadkan, mengamalkannya mungkin boleh membawa kepada rosaknya iman dan pelaku/pengamalnya boleh terjatuh dalam dosa syirik yang tidak diampunkan Allah, dan lebih jauh dari itu ia mungkin boleh murtad dari agama -sama ada secara sedar atau tanpa sedar. Jika ia menyalahi amalan yang diredahi Allah, ia berdosa. Perbuatan dosa sama ada besar atau kecil, wajib dijauhi oleh seorang muslim yang bertakwa kepada Allah.  

Untuk mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu sama ada boleh diikuti atau tidak, ia mesti dibentangkan secara khusus setiap satunya di hadapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam ungkapan lain, ia wajib dirujuk kepada alim-ulamak sebelum mengamalkannya jika berlaku keraguan tentangnya.




KLIK SINI dan SINI untuk ke pautan berkaitan.




Seni & Kreativiti - Kehalusan Itu Memukau!

Kredit kepada: The Vocket
Gambar ihsan: The Vocket



Assalamualaikum.....









KLIK SINI untuk lebih banyak foto.




Saturday, March 14, 2015

Artikel - Larangan Kenapa Perlu Tutup Cermin Di Rumah Apabila Berlaku Kematian

Kredit kepada: Zerocost2015
Gambar ihsan:  Google Images

 

Assalamualaikum.....




Perbuatan pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada di dalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita. Timbul juga tandatanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenazah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja.

Namun, bila melihatkan amalan metutup cermin dengan kain ini hampir menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas. Apa hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah didlam rumah. Berikut ialah maklumat yang perolehi dari sebuah laman soal jawab agama. Wallahu’alam bissawab


Hukum Menutup Cermin Muka Ketika ada Jenazah di Dalam Rumah
 
Assalamualaikum ustaz,
 
Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.
Terima kasih.

Ini jawapan:

Bismillahi wal hamdulillah,

Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah s.a.w. supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut kepercayaan kuno masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati ruh tersebut, setiap cermin muka di rumah si mati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.



KLIK SINI untuk ke sumber rujukan.





Monday, March 9, 2015

Hidupan Liar - Peristiwa Menarik 2014

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV



Assalamualaikum.....



Seekor beruang betina cuba menyelamatkan anaknya yang melepasi penghadang di satu kawasan lebuhraya. Seorang pemburu tornado, Ricky Forbes,yang sedang memandu di Kootenay National Park memberhentikan kenderaannya untuk merakamkan detik yang menarik itu dan menyifatkannya sebagai satu situasi paling menarik pernah disaksikannya. 





Seorang jurufoto hidupan liar, Lawrence meletakkan kamera berserta tripodnya di kawasan British Columbia Rocky Mountains, dalam cubaannya untuk merakamkan foto beruang grizzly menangkap ikan. Namun lain pula jadinya apabila seekor beruang berkenaan keluar dari kawasan sungai itu dan menghampirinya. Dia kembali ke kenderaannya untuk mengambil kamera lain dan mula merakam. Hasilnya beliau berjaya merakamkan aksi 'jurukamera' lain  :-) 



Seorang nelayan di Australia berjaya seekor ikan dan mendapati ia ada seekor katak masih hidup dalam tekaknya. Katak berkenaan adalah seekor katak pokok berwarna hijau yang baru dimakan oleh ikan tersebut. Ikan ini ditangkap selepas ia memakan umpan pancing berkenaan. 


KLIK SINI untuk lebih banyak kisah menarik.

Seni & Kreativiti - Karya Gelombang Ray Collins

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV



Assalamualaikum.....


Ray Collins ialah seorang jurufoto dari Thirroul, New South Wales, Australia, meluangkan masanya untuk mendapatkan imej bagi detik-detik menarik seperti gelombang arus di lautan dan juga di kawasan perlombongan. 

Beliau turut memenangi anugerah Nikon Surf Photo of the Year 2015 dalam satu pertandingan fotografi luncur.









KLIK SINI untuk artikel penuh.

Hiburan - Anime Cosplay Akira Hoshi

Kredit kepada: Flickr
Gambar ihsan: Flickr



Assalamualaikum.....


Kebetulan terjumpa satu laman di Flickr.













KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Artikel - Ambulans Neng Nong Neng Nongg! :-D

Kredit kepada: Om Fabulous
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Perkataan "ambulance" diambil daripada perkataan Latin "ambulare" yang membawa maksud "to walk". Kemudian, terbit "hôpital ambulant", istilah Perancis yang pada dasarnya bermaksud "mobile hospital". Pada peringkat awal, "ambulance" tidak membawa maksud seperti apa yang digunakan sekarang. Secara umumnya, ia merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara yang boleh bergerak dengan mudah terutamanya bagi merujuk kepada hospital perubatan bergerak tentera.


"Ambulance", dalam Bahasa Inggeris dikesan kali pertama muncul sekitar 1798, juga merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara. Kenderaan pengangkutan perubatan bergerak juga dikenali sebagai ambulans di Perancis sekitar waktu ini. Seorang warga Perancis, Dominque-Jean Larrey memperkenalkan perkhidmatan "flying ambulance" yang direka untuk membawa keluar para askar yang tercedera dari medan perang untuk rawatan semasa perang. Tidak seperti praktik sebelumnya yang menunggu sehingga pertempuran berakhir. Menjelang pertengahan abad ke-19, "ambulance" dikembangkan penggunaannya untuk merujuk kepada sebarang kenderaan yang digunakan untuk membawa askar yang tercedera di medan perang ke hospital tentera.



KLIK SINI untuk ke pautan penuh kecemasan.....

Artikel - Mandi Wajib

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Sedikit info yang dikutip dari Facebook.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.




Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke-3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yang berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.




Artikel - Kedudukan Hadis 9/10 Rezeki Dari Perniagaan

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Hadith ini adalah di antara hadith yang popular dan sering digunakan oleh sebahagian masyarakat kita terutama dalam bidang perniagaan. Seperti yang telah kita sedia maklum - atau belum - , kesahihan atau kedhaifan sesuatu hadith tidak hanya diukur dengan popularitinya semata. Memang ada hadith yang sahih dan popular...tetapi dalam masa yang sama juga terdapat hadith-hadith dhaif malah palsu tetapi ia popular dan sering digunakan di mana-mana.

Apabila kita mengetahui hakikat bahawa populariti tidak menjamin kesahihan, (kaedah ini juga diakui dalam kajian lain) maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidiki kesahihan sesuatu hadith dan tidak hanya bergantung kepada kemasyhuran atau popularitinya sahaja.

Maka dari manakah asal datangnya hadith ini? Di antara disiplin dalam menyebutkan hadith -sebagaimana diketahui dalam kajian hadith- ialah menyatakan sumber atau asal sesebuah hadith. Ia membantu dalam proses seterusnya iaitu menilai sama ada ia sahih atau tidak.


SUMBER ASAL HADITH '9/10 REZEKI'

Berdasarkan pencarian dan dibantu oleh kajian-kajian terdahulu, hadith ini disebutkan dalam beberapa lafaz berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu 9/10 rezeki ada dalam perniagaan. Didapati hadith ini disebut oleh Imam al-Ghazali (wafat 505H) di dalam bukunya yang terkenal iaitu Ihya' Ulumiddin. Menurut cetakan yang ada pada saya iaitu cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, tahun 2001, ia disebut dalam jilid 2, muka surat 59 dalam Kitab Aadaab al-Kasb wa al-Ma'asy, Bab pertama 'Fadhl al-Kasb wa al-Hatth 'Alaih (Kitab adab-adab mencari rezeki dan pendapatan, bab kelebihan mencari rezeki dan galakkan ke atasnya). Tetapi ini tidak bermaksud Imam al-Ghazali 'meriwayatkannya' kerana beliau tidak menyebutkan sanad (rantaian periwayat) terhadap hadith ini. Maka yang lebih tepat ialah Imam al-Ghazali 'menyebutkannya' di dalam buku Ihya' Ulumiddin. (saya menasihatkan sahabat-sahabat yang menulis tentang hadith agar berhati-hati dengan perbezaan antara 'menyebutkan' da 'meriwayatkan' atau 'mengeluarkan' - ذكره, رواه, أخرجه )

Bagi yang pernah membaca buku Ihya' Ulumiddin, mereka pasti akan tahu bahawa terdapat seorang ahli hadith yang digelar al-Iraqi (wafat 806H) yang telah menyemak dan memberikan ulasan terhadap hadith-hadith yang ada di dalam buku Ihya' Ulumiddin. Apa yang beliau lakukan ialah atas permintaan pencinta ilmu untuk mengetahui kedudukan dan sumber asal hadith-hadith di dalam buku tersebut. Malah kebanyakan cetakan Ihya' Ulumiddin dimuatkan bersama komentar dan ulasan al-Iraqi ini dalam bentuk nota kaki di bawah teks asal Ihya' Ulumiddin.


KOMENTAR AL-IRAQI TERHADAP HADITH '9/10'

Apa kata al-Iraqi? Beliau telah menyatakan bahawa hadith ini telah diriwayatkan oleh: Ibrahim al-Harbi dalam bukunya Gharib al-Hadith melalui jalan Nu'aim Bin Abd. Rahman dan kesemua periwayatnya thiqat (dipercayai). Seterusnya beliau menyatakan kata-kata dari tiga imam hadith iaitu: Abu Hatim, Ibnu Hibban dan Ibn Mandah menyatakan bahawa Nu'aim Bin Abd. Rahman bukanlah seorang sahabat tetapi seorang tabi'i (sempat bertemu sahabat dan tidak sempat bertemu Rasulullah s.a.w.), maka kata al-Iraqi: Hadith ini mursal.

Maksud al-Iraqi dengan kata-katanya: 'mursal' ialah hadith ini dinyatakan oleh Nu'aim Bin Abd. Rahman sebagai 'Nabi s.a.w. bersabda' sedangkan beliau tidak pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. bahkan beliau merupakan seorang tabi'i. Hadith dalam kategori sebegini diistilahkan sebagai mursal dan ia adalah antara kategori hadith yang belum dipastikan sahih atau dhaif. Untuk lebih lanjut, sila rujuk mana-mana buku ilmu hadith dan cari perbincangan tentang kategori hadith yang diistilahkan sebagai 'mursal'.


KESIMPULAN DARIPADA KATA-KATA AL-IRAQI

Apa yang dapat kita fahami daripada ulasan al-Iraqi - bagi sahabat-sahabat yang memahami bahasa Arab, boleh baca ulasan beliau dalam jilid dan muka surat yang telah disebut di atas - ialah:

Hadith ini sumber asalnya ialah buku Gharib al-Hadith hasil susunan Ibrahim al-Harbi. Di dalam hadith ini, didapati Nu'aim Bin Abd. Rahman telah menyebut bahawa ia berasal daripada Rasulullah s.a.w. Namun dalam periwayatan hadith, hanya seorang sahabat (sempat bertemu Rasulullah s.a.w.) yang boleh menyatakan demikian. Setelah dikaji oleh al-Iraqi, didapati Nu'aim bukan seorang sahabat, tetapi seorang tabi'i. Ini menjadikan hadith tersebut terputus. Dalam hal ini, ia diistilahkan sebagai 'mursal'. Seluruh ulama hadith sepakat bahawa hadith 'mursal' bukanlah salah satu kategori 'hadith sahih'. Ia perlukan banyak syarat dan keadaan untuk menaikkan kedudukannya ke tahap 'sahih'. Bukalah mana-mana buku Mustolah al-Hadith, pasti akan ada perbincangan panjang tentang kategori hadith yang diistilahkan sebagai 'mursal'. Kebanyakan pengkaji juga menyebutkan bahawa 'mursal' pada penggunaan ulama awal ialah lebih luas dan ia membawa maksud kedhaifan.


SUMBER LAIN

Namun begitu, hadith ini juga ditemui dalam sumber yang lain. Mari kita lihat bersama. Hadith ini ditemui antaranya di dalam :

a) Buku Sunan Sa'id Bin Mansur - Ia dinyatakan oleh Markaz Fatwa dari laman web islamweb.net (fatwa no.61297), namun saya tidak dapat menemui ia dalam buku tersebut untuk mengesahkan kedudukannya dan nombor serta kedudukannya yang lebih terperinci. Namun Markaz Fatwa menyatakan ia berasal dari riwayat Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Tooi.

b) Buku Islah al-Mal, Ibnu Abi al-Dunya (wfat 281H) (cetakan Muassasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, tahun 1993) - ia meriwayatkan hadith ini yang bersumberkan Nu'aim Bin Abd. Rahman (hadith no.213) . Maka ia sama juga seperti yang disebutkan di atas tadi. Ia hanya pengulangan rantaian periwayatan yang sama.

c) Buku al-Jami' al-Shaghir, al-Suyuti (wafat 911H)- dalam buku ini, hadith tersebut disebutkan (bukan diriwayatkan) dan seterusnya kita dapati al-Suyuti membuat ulasan yang amat ringkas iaitu - daripada Nu'aim Bin Abd. Rahman dan Yahya Bin Jabir al-Too'i secara 'mursal'. Kita dapati al-Suyuti menambah seorang lagi tabi'i yang meriwayatkan hadith tersebut. Tetapi beliau masih menyatakan ianya 'mursal' dan ia kembali kepada perbincangan panjang tentang kedudukan hadith 'mursal' dalam ilmu kajian hadith atau mustolah al-hadith.

d) Buku Gharib al-Hadith karya Abu Ubaid al-Qaasim Bin Sallaam (wafat 224H) (cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, tahun 2003) - di dalam jilid pertama, muka surat 80, didapati Abu Ubaid telah menyebut hadith ini dan didapati jalannya juga melalui jalan periwayatan Nu'aim Bin Abd. Rahman.


KESIMPULAN PENTING

  1. Hadith ini walaupun popular, ia tidak disebutkan atau diriwayatkan di dalam buku-buku hadith utama seperti: Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, buku-buku Sunan, Musnad-musnad dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara (salah satu) petunjuk tentang kedhaifan sesebuah hadith.
     
  2. Di dalam semua buku utama hadith seperti di atas, terdapat bab-bab dan hadith-hadith tentang perniagaan. Sekiranya ia sahih dan penting - berdasarkan maksudnya - pasti ia akan berada di dalam buku-buku utama tersebut dan dijadikan dalil utama dalam menggalakkan perniagaan.
     
  3. Tidak kita temui kenyataan dari mana-mana ahli hadith utama yang menyatakan kesahihan hadith ini. Apa yang ada hanyalah sebahagian ulama menyebutnya di dalam buku mereka dengan rantaian periwayat yang mana ia (rantaian periwayat itu) difahami - oleh pengkaji hadith - bahawa ia merupakan petunjuk kepada kedhaifannya. Ahli hadith moden juga didapati menilainya sebagai dhaif.
     
  4. Untuk menyatakan bahawa perniagaan adalah baik dan Islam menggalakkannya, sudah memadai dengan ayat-ayat Al-Quran - contohnya ayat 275 surah Al-Baqarah - dan hadith-hadith yang penuh dengan panduan dalam perniagaan. Lagipun, hakikat bahawa Nabi s.a.w. pernah berniaga semasa mudanya dan para sahabat juga ramai yang menceburi bidang ini juga sudah cukup menggalakkan kita untuk melakukannya. Kita tidak perlukan lagi hadith yang dhaif atau tidak pasti sebagai dalil. Begitu juga kita boleh mengetengahkan fakta-fakta sahih tentang para Nabi selain Rasulullah s.a.w. yang juga berniaga dan bekerja sendiri.
     
  5. Hendaklah kita berhati-hati dengan populariti sesuatu hadith atau kata-kata, kerana ia mungkin tidak sahih atau tidak tepat.
     
  6. Bagi mereka yang tetap ingin menyebut hadith ini sekadar menggunakan maknanya, adalah dinasihatkan mengikuti saranan imam-imam hadith seperti al-Nawawi, Ibn Hajar dan lain-lain yang mana mereka menyarankan agar membezakan antara 'cara menyebut' sesuatu hadith yang sahih atau dhaif. Seeloknya hendaklah digunakan ayat-ayat seperti - "terdapat sebuah riwayat menyatakan bahawa...", "sebagaimana di dalam sebuah hadith dhaif...", agar masyarakat tidak terkeliru.
     
  7. Pandangan ini hanyalah sekadar kemampuan saya dan artikel ringkas ini diharapkan dapat dinilai dan diterima dengan adil. Jika berlaku kesilapan dan kekurangan, harap dapat diberi maklum balas secepat mungkin kepada penulis - sama ada dengan pm kepada nickname alitantawi di laman web al-ahkam.net atau dengan alamat e mail pemudaiman@yahoo.com


DIAMBIL DARI AL-AHKAM.NET

Saturday, March 7, 2015

Berita - Letusan Gunung Berapi Villarrica, Chile

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....


Salah satu daripada gunung berapi paling aktif di Amerika Selatan meletus di selatan Chile pada Selasa lalu membebaskan asap tebal dan lava mengalir melalui curamnya, menyebabkan pihak berkuasa tempatan segera memindahkan orang ramai yang tinggal di kawasan itu. Menurut National Emergency Office gunung Villarrica meletus pada jam 3 pagi waktu tempatan yang mengeluarkan amaran supaya pihak berkuasa tempatan segera memindahkan orang ramai. 









Media tempatan turut menyiarkan imej letusannya. Pihak berkuasa bimbang mengenai banjir lumpur yang mungkin membahayakan orang ramai namun belum ada laporan kemalangan diterima. Kawasan gunung berapi ini mempunyai populasi penduduk sekitar 22,000 orang. Pihak berkuasa turut memantau 4 lagi kawasan penduduk yang mungkin akan terjejas ekoran banjir lumpur dan cairan salji selepas letusan ini. Mereka juga memantau hampir 200 penduduk yang terputus hubungan dari jalan utama apabila dua jambatan musnah disebabkan air yang naik dari sungai berdekatan.  




KLIK SINI untuk artikel penuh dan lebih banyak foto.

Hidupan Liar - Jerung Goblin

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....




Sejenis hidupan laut yang jarang ditemui disifatkan sebagai makhluk asing dari dasar laut ditemui di luar kawasan Australia. Hidupan ini yang mempunyai gigi seperti pepaku dan badan berwarna merah jambu dibawa ke muzium. Ikan jerung goblin yang kelihatan seperti haiwan prasejarah ini hidup di dasar laut dalam dan hanya sedikit yang diketahui mengenainya. Pihak muzium berkata ikan ini yang sudah mati ketika ditemui sewaktu dibawa ke akuarium dijaga dengan baik dan boleh menjadi koleksi berharga. 

"Ia sungguh mengkagumkan dan sangat cantik," kata pengurus koleksi ikan di muzium di Australia, Mark McGrouther, yang turut menyifatkan giginya kelihatan seperti pisau. Beliau berkata ini adalah kali keempat ikan goblin ini dibawa ke muzium di Sydney, dua yang pertama pada tahun 1980an. Yang terbaru ialah pada bulan Januari, ditemui berdekatan kawasan Eden, luar pantai tenggara Australia pada kedalaman 200 meter dibawa ke akuarium dan disimpan oleh pihak muzium. 

McGrouther berkata pihaknya teruja untuk menguruskan ikan ini yang juga boleh ditemui di kawasan Pasifik, Atlantik dan Lautan Hindi. Spesis ini dinamakan "Mitsukurina owstoni" disifatkan pernah hidup sejak 125 juta tahun lalu. Menerusi spesimen terakhir ditemui, sampel tisu diambil bagi ujian genetik untuk disimpan di muzium bagi memudahkan kajian lanjut dijalankan.



KLIK SINI untuk artikel penuh.



Wednesday, March 4, 2015

Artikel - Masalah Berkaitan Keselamatan Sistem Biometrik

Kredit kepada: Yahoo
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Orang ramai nampaknya kenalah bersyukur kerana dengan adanya aplikasi pembaca cap jari dalam iPhone, kini mereka dapat membiasakan diri dengan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Ia menjadi satu bentuk pengenalan yang unik sebagai akses keselamatan. Selain cap jari, kaedah biometrik juga melibatkan imbasan iris mata, suara, degup jantung dan cara berjalan. Sistem biometrik sesuai dan sangat selamat namun ia bukanlah sempurna. Ia juga mempunyai beberapa masalah iaitu menjejaskan pengguna sendiri jika mereka tidak berhati-hati.

Antara kelebihan biometrik ialah ia tidak perlu diingati seperti kata laluan kad ATM atau seumpamanya. Cap jari tidak perlu diingati kerana ia sudah sedia ada pada kulit si pengguna. Sistem yang menggunakan biometrik tidak menyimpan salinan digital biometrik sebaliknya ia menyimpan apa yang dipanggil 'hash' pengenalan. Matematik digunakan bagi mengesahkan biometrik berkenaan kepunyaan si pengguna itu. Jika telefon si pengguna yang menggunakan sistem pengecaman ini dicuri, maka sukar malah mungkin tidak boleh bagi pencuri untuk mengakses data kepunyaan pengguna berkenaan.




Sistem ini walaupun dibina sebaik mungkin, ia masih mempunyai kelemahan. Antaranya ia boleh digodam. Cara paling murah dan mudah ialah bila penggodam dapat kenalpasti pengguna, kemudian dapatkan cap jari pada apa-apa barang yang disentuhnya sebelum menggunakan salinan cap jari palsu itu untuk mengakses telefon pengguna. Jika kata laluan boleh ditukar, mana mungkin jari sendiri boleh ditukar. Maknanya anda tidak boleh bergantung pada sistem ini sebagai sistem utama. Maka disarankan menggunakan kata laluan dahulu sebagai pertahanan barisan hadapan bagi sistem keselamatan yang anda gunakan kemudian sistem biometrik pula sebagai tambahan sebelum akaun boleh diakses.

Di Amerika, kata laluan seperti mempunyai landasan istimewa dalam aspek undang-undang di sana. Amendmen ke-5 melindungi maklumat rahsia rakyatnya daripada digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Di beberapa lokasi sensitif, perlindungan terhadap data-data dan kegunaan kunci akses digital termasuk biometrik agak teruk. Boleh jadi seseorang itu tidak dapat memasuki sesebuah kawasan oleh pegawai yang bertugas di sempadan. 

Dari sudut ekonomi, kita bergantung kepada aspek keselamatan bagi memastikan ekonomi kita selamat daripada ancaman. Tanpa enkripsi dan kata laluan, kita tidak akan dapat menggunakan perbankan internet dan urusan dalam talian, emel peribadi dan laman sosial. Kemudahan asas ini yang disediakan membolehkan pengguna bergantung kepadanya bagi melindungi data yang mereka miliki selain berasa selamat.Ada perkara yang boleh dilakukan untuk kekal selamat tidak setakat bergantung kepada kata laluan yang selamat tetapi juga tahu akan batasan bagi sistem biometrik itu sendiri.



KLIK SINI untuk artikel penuh.



Artikel - Perbandingan Content Industri Hiburan Malaysia VS Luar Negara

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....





Idea karya seni dalam industri hiburan tempatan (terutama Melayu) sehingga kini masih belum keluar daripada bawah tempurung. Tidak kiralah apa pun ceritanya dan tajuknya, isi kandungannya langsung tidak mempromosikan bidang kerjaya dan ilmu itu sendiri yang boleh membina minda masyarakat. Kalau tajuknya mengenai tentera, ingatkan kononnya menariklah untuk ditonton tetapi malangnya difokus pada cinta antara pegawai tentera, bukannya mengenai cabaran, tugas atau strategi berkaitan yang boleh memberi input berguna kepada minda penonton. Lihatlah contoh siri Last Resort di TV2 sebelum ini yang bercerita mengenai komplot, strategi, taktikal, serta kaitan politik dan perundangan berkaitan ketenteraan. Malangnya industri hiburan tempatan lebih berminat untuk membuat cerita yang akan memberikan pulangan keuntungan lebih cepat. Beginikah caranya untuk majukan industri hiburan negara sendiri? Dengan idea-idea sempit yang tidak membuka minda dan langsung tidak mempromosikan bidang ilmu? Hanya hiburan kosong semata-mata? Kemudian meraih pula bermacam anugerah hasil daripada lakonan yang adakalanya macam kayu dan entah apa lagi. Bila berjaya berlakon dalam produksi asing, dapat pula watak picisan dan sampingan, ohh bangga gila! Walhal tiada apa pun boleh dibanggakan kerana dengan gaya pemikiran penggiat industri tempatan sebegini yang masih tidak keluar daripada takuk lama. Mahu jalan pintas, datanglah pula dengan pakaian dan kisah kontroversi yang sebenarnya tidak perlu disiar pun di mana-mana media. Masakan akan dapat watak lebih besar kalau beginilah keadaannya......

Daripada peringkat penulis buku sehinggalah kepada penulis skrip semuanya asyik adaptasi karya dengan tema emosi dan cinta, tema yang sama sejak zaman-berzaman. Bukannya yang bertemakan apa-apa bidang ilmiah. Takkanlah mahu tengok hasil karya daripada segelintir produksi sahaja seperti KRU Motion Pictures atau Filmscape sahaja. Produksi lain, apa cerita? Bila mahu keluar daripada kotak dan ketengahkan idea-idea baru dengan jalan cerita yang lebih kreatif dan imaginatif? Adakah kalian takut berbelanja besar? Industri tempatan akan semakin tenat kalau asyik berada di takuk lama. Kalau sebelum ini formulanya mengenai cinta, pengkhianatan, godaan sahaja. Kononnya senang mahu dijual, masuk wayang, ramai orang datang tengok. Kali ini ada baiknya, formula sedia ada perlu ditukar dan dengan idea yang lebih maju ke depan. 



Sedikit nota tentang siri tv seperti "Love You Mr. Arrogant" dan "Playboy Itu Suami Aku" dan bagaimana drama tv dapat merevolusikan individu.

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!), drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Antaranya watak antagonis menggoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat, makan di restoran eksklusif, memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dalam drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji di bawah RM3000.

Apa yang kita dapat belajar daripada semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.

Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama tv dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.


Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam dan Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)


Sementara itu drama TV Amerika pula:

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological, micro expression)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)
 



Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama tv Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhtiar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.

Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang hebat untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Sedangkan seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan tv. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.


Produktivi

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru' untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York dalam siri Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.

TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.


Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.

Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh Bahasa Melayu. Isu import Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris. Menonton drama tv berbahasa Inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa Inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa Inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada Bahasa Inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja. 

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?

Entahlah. Saya hanya mampu menggeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.

Pilihlah sendiri.....