Kredit kepada: -
Gambar ihsan: kelab
Gambar ihsan: kelab
Assalamualaikum.....
Sesi latihan 26 dan 27.2.2015
Sebelum ini, latihan banyak bertumpu pada kata/form, kihon/asas, penggunaan nunchaku, kayu/hanbo serta beberapa teknik asas taijutsu. Minggu ini sesi latihan karate mula beralih kepada satu lagi bahagian lagi iaitu kumite. Ini adalah latihan kumite pertama untuk sesi 2015. Asas latihan kami dimulakan dengan tumbukan (tsuki) dan pergerakan (foot work). Latihan kumite petang Khamis bertumpu secara step-sparring terlebih dahulu untuk beri peluang ahli baru memahami dahulu serba sedikit keadaan, jarak antara diri dengan lawan, cara bergerak, cara mengelak, dan cara melakukan serangan untuk memungut mata. Cara latihan (drill) sama seperti sebelum ini dan supaya pembelajaran jadi lebih mudah.
Latihan ini disambung pada petang keesokannya dengan jiyu kumite (free sparring) dengan peraturan gelanggang. Latihan taijutsu yang sepatutnya dijadualkan pada setiap petang Jumaat pula ditangguhkan dahulu untuk memberi laluan kepada pengenalan kumite. Latihan pada petang ini memberi peluang ahli baru untuk mencuba sendiri berdepan lawan untuk memungut markah. Antara lain diterangkan ialah kedudukan peserta, pengadil dan para juri, pemarkahan, serta beberapa larangan ketika perlawanan. Pada awalnya ada yang kata sedikit takut, namun selepas beberapa percubaan, sudah ada yang seronok dan rasa takut pun sudah entah ke mana. Maka sesi kumite ini berjalan lancar dengan beberapa pusingan.
Baguslah sebagai permulaan....
Baguslah sebagai permulaan....
No comments:
Post a Comment