MY FOLLOWERS

Sunday, February 15, 2015

Hidupan Liar - Cheetah Sahara Yang Jarang Ditemui

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV




Assalamualaikum....

Beberapa foto harimau bintang Sahara yang merupakan antara haiwan karnivor paling jarang ditemui di planet ini kini diterbitkan sebagai sebahagian daripada kajian bagi menyelamatkan spesis haiwan terancam. Kajian terbaru ini menunjukkan harimau bintang Sahara ini wujud di kawasan dengan kelembapan rendah dan memerlukan kawasna konservasi khas untuk hidup. Dianggarkan kini terdapat 250 ekor sahaja dan tidak banyak yang diketahui mengenai subspesisnya. Kajian saintis dan ahli konservasi di beberapa agensi seperti Zoological Society of London, University College London, Wildlife Conservation Society, dan di Université de Béjaïa, Algeria, diterbitkan oleh PLOS ONE. Kamera tersembunyi yang dipasang di kawasan Ahaggar Cultural Park, Algeria merakamkan imej secara dekat bagi spesis ini. Haiwan ini tinggal di utara dan barat Afrika. Ia lebih bersifat nokturnal berbanding harimau bintang lain.











KLIK SINI untuk lebih lanjut.



No comments: