MY FOLLOWERS

Saturday, February 7, 2015

Artikel - 3 Bulan Musytari Sebaris

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....




NASA's Hubble Space Telescope berjaya merakamkan 3 bulan planet Musytari beredar secara sebaris mengelilingi planet tersebut. Ia merupakan satu pemandangan yang hanya dapat dilihat sekali atau dua kali sahaja dalam tempoh 10 tahun. Imej dirakamkan pada 24 Januari yang lalu itu melibatkan 3 daripada 4 bulan Galileonya iaitu Io, Callisto dan Europa yang dinamakan berdasarkan nama penemunya iaitu ahli astronomi Galileo Galilei pada abad ke-17. Ganymede, bulan keempat planet ini berada di luar cerapan Hubble ketika imej dirakamkan. Edaran 3 bulan itu dilihat selama 42 minit. Io melengkapkan satu pusingan putarannya mengelilingi planet itu setiap 1.8 hari. Manakala Europa, Ganymede dan Callisto pula masing-masing melengkapkan putaran orbitnya setiap 3.6, 7.2 dan 16.7 hari. Dengan diameter 3,270 batu (5,260 kilometers), Ganymede merupakan satelit semulajadi planet ini yang terbesar dalam sistem solar dan lebih besar daripada saiz planet Utarid. Europa adalah bulannya yang terkecil dengan 1,900 batu (3,100 km) lebar. NASA kini merancang misi robotik ke bulan Europa dan bersedia dilancarkan pada pertengahan 2020.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: