MY FOLLOWERS

Sunday, February 15, 2015

Artikel - Foto Matahari Dari NASA

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....




NASA menerbitkan foto matahari bagi meraikan ulangtahun ke-5 pelancaran Solar Dynamics Observatory atau SDO. Balai cerap ini mensasarkan untuk memahami tenaga dan kesan matahari ke atas bumi dan ruang angkasa berhampiran dengannya. Dalam futej berkenaan, pasukan pengkaji berjaya merakam satu foto setiap 8 jam, dari Februari 2010 hingga Februari 2015. 

Menurut ahli fizik, Dean Pesnell, mereka ingin mengetahui dari mana datangnya lengkungan pada matahari itu dengan suhu melebihi 2 juta darjah Celcius. Suhu matahari sahaja setinggi 10,000 darjah Fahrenheit. Pesnell merupakan seorang saintis projek untuk SDO di Pusat Pesawat angkasa Goddard NASA di Greenbelt. Beliau mengatakan paparan warna berbeza menunjukkan pelbagai tahap suhu. Menerusi video diperolehi jarak gelombang sama ada terpisah atau bercampur dengan yang lain. 

SDO dilancarkan dengan roket Atlas V dari Florida sepatutnya pada 10 Februari tetapi diawalkan sehari berikutan angin kuat. SDO diterbangkan bersama 3 peralatannya Atmospheric Imaging Assembly (AIA), Extreme Ultraviolet Variability Experiment (EVE) dan Helioseismic and Magnetic Imager (HMI). Setiap satu peralatan ini menunjukkan ukuran yang berbeza bagi membolehkan pengkaji memahami lebih lanjut punca kepelbagaian solar pada matahari dan apa kesannya ke atas bumi. Dengan mengkaji matahari dan sinar ultraungu, saintis boleh memahami kenapa medan magnet matahari sentiasa berubah kedudukannya dan bagaimana bahannya melalui bahagian plasma matahari yang dipanggil korona.




KLIK SINI untuk selanjutnya.













No comments: