MY FOLLOWERS

Tuesday, February 3, 2015

Sekadar Luahan - Cari Sinki, Hampehh Jer Rasanya...

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Sesuatu yang berbeza bila mengajar di kelas tusyen ialah ada dua jenis kelas iaitu kelas berpusat dan mengajar dari rumah ke rumah. Di sekolah, pakaiannya rasmi dengan bermacam warna. Keadaan di rumah pula lebih santai. Kelas tusyen di pusat, pelajar kena datang dan duduk dalam kelas untuk ulangkaji. Manakala sesi di rumah pula terbalik, cikgu tusyen kena datang ke rumah untuk mengajar. Mungkin ada kelebihannya, namun bukan semua orang bersetuju dengan kaedah 'datang ke rumah' ini. Sebelum ini penulis ada bercakap dengan seorang guru besar sekolah rendah di sini berkenaan kaedah ini ketika menghadiri satu seminar untuk pelajar tahun 6. Katanya beliau sendiri kurang bersetuju dengan penggunaan kaedah itu kerana akan menyebabkan kurangnya rasa hormat pelajar terhadap gurunya dalam pembelajaran. Lebih baik pelajar cari guru dan bukan sebaliknya. 

Ada satu pengalaman baru-baru ini, bukanlah buruk sangat cuma sedikit geli hati. Seperti dimaklumkan oleh pusat, sesi bersama pelajar itu sudah 'diselesaikan' atas sebab yang katanya kurang berpuas hati. Dikatakan kita ini macam pencuri dalam rumah sebab berjalan ke sana sini sesudah tusyen. Macam mana dia tahu? Rupanya dalam rumah budak itu ada CCTV. Penulis sudah jelaskan bukannya merayau atau apa, cuma mencari sinki untuk basuh tangan sesudah minum. Si bibik dan tuan rumah tinggalkan kita keseorangan di ruang tamu tanpa beritahu pun di mana sinkinya sesudah selesai tusyen. Adoii...

No comments: