Gambar ihsan: MNN
Assalamualaikum.....
Ada yang melalui cabaran yang agak gila!
Annie Edson Taylor (1838-1921)
Annie
Edson Taylor merupakan seorang pesara guru merupakan pengembara yang
berani dan akan diingati. Pada 1901, beliau meletakkan dirinya dalam
sebuah tong dan belayar di Air Terjun Niagara. Selepas 90 minit dan
turun jatuh pada 150 kaki, tongnya hanyut dan dia kemudian muncul tanpa
kecederaan serius, hanya sedikit lebam dan calar.
Annie Londonderry (1870-1947)
Pada
1894 Annie “Londonderry” Cohen Kopchovsky mengejutkan dunia era
Victoria ketika itu dalam pengembaraan merentasi dunia. Berbanding Bly
yang menggunakan pengangkutan keretapi dan kapal wap, dia menggunakan
basikal dan mengayuh dari Bosotn, Perancis, Mesir, Jerusalem, Sri Lanka,
Singapura dan beberapa tempat.
Isabella Bird (1831-1904)
Daripada
seorang sosialit kepada seorang pengembara, kisahnya menjadi pembuka
mata dan pengajaran kepada England era Victoria. Mengembara dari satu
benua ke satu benua dalam tempoh sedekad, beliau menjadi wanita pertama
masuk dalam Royal Geographical Society pada 1872. Sepanjang hidupnya
penuh pengembaraan, dia telah melawat banyak tempat menarik di seluruh
dunia dan juga menulis buku “A Lady’s Life in the Rocky Mountains”. Dia
juga merentasi Sungai Yangtze di China dan bersama puak Ainu di
Hokkaido.
Fanny Bullock Workman (1859-1925)
Walaupun
menjadi yang pertama diiktiraf kerana mengambil bahagian dan menulis
mengenai ekspedisi berbasikal menerusi kawasan tempatan eksotik seperti
India, Algeria, Itali, Sepanyol, dan banyak lagi, dia menjadi orang
terawal membuka pintu dan memecahkan rekod wanita dalam aktiviti
pergunungan. Dari kawasan Swiss ke Himalaya, tiada tempat yang tidak
ditujunya. Dalam ekspedisinya ke Himalaya, beliau telah mencatat
beberapa rekod antaranya ketinggian Puncak Pinnacle pada 1906, pada usia
47 tahun. Dia agak agresif dan tahan sakit pada altitud tinggi, turut
bersaing dengan Annie Smith Peck, seorang lagi pendaki dalam sukan yang
banyak didominasi oleh lelaki.
Gertrude Bell (1868-1926)
Merupakan
pemanjat gunung, ahli arkeologi, penulis, diplomat, kartografer, ahli
bahasa, pengasas muzium, perisik British. Itu adalah sebahagian daripada
gelaran yang dimiliki oleh Gertrude Bell. Beliau merupakan lulusan
Universiti Oxford, bertanggungjawab dalam mengubah Mesopotamia menjadi
negara Iraq moden selepas era Perang Dunia I. Beliau telah membuat
garisan sempadan selain membantu menyusun dan menstabilkan semula
kerajaan yang tidak stabil. Bell menghembuskan nafas terakhir di Baghdad
pada usia 57 tahun akibat terlebih dos ubat tidur.
Harriet Chalmers Adams (1875-1937)
Merupakan
seorang koresponden dan jurufoto untuk majalah National Geographic, dia
juga merupakan seorang presiden pengasas bagi pertubuhan Society of
Woman Geographers. Sesudah berkahwin dengan Franklin Adams, dia
meneruskan pengembaraannya merentasi Amerika Selatan sejauh 40,000 batu
selama 3 tahun. Perjalanannya melibatkan merentasi banjaran Andes dengan
menaiki kuda dan berkayak merentasi Sungai Amazon.
Louise Boyd (1887-1972)
Setelah
mendapat harta warisan keluarganya pada usia 33 tahun, di California,
Pewaris keluarga ini menggunakan kekayaan yang dimiliki untuk menaja
beberapa ekspedisi penting di Artik dan Greenland. Merupakan wanita
pertama yang terbang merentasi Kutub Utara pada usia 68 tahun dan
digelar “Ice Woman,” seperti dirujuk dalam akhbar ketika itu. Ketika
awal pengembaraannya, dia seronok sambil berburu beruang kutub bersama
aristokrat dari Eropah. Selain itu, Boyd juga seorang pengkaji dan
jurufoto. Dalam ekspedisinya yang seterusnya, pengembaraannya lebih
bersifat saintifik dan lebih produktif termasuk mengkaji kawasan glasier
di kawasan timur laut Greenland dan melakukan trip ke Artik untuk
mengkaji kesan medan magnet pada radio.
Nellie Bly (1864-1922)
Seorang wartawan jenayah yang memasuki pusat rawatan mental memberikan inspirasi kepada watak Sarah Paulson untuk filem “American Horror Story: Asylum”.
Pada usia 25 tahun, Bly (dilahirkan dengan nama Elizabeth Jane Cochrane) mencipta watak fiksyen era Victorian bernama Phileas Fogg dalam kisah pengembaraan mengelilingi dunia dalam masa 80 hari. 72 hari, 6 jam, 11 minit dan 14 saat kemudian, dia berjaya mengatasi masa protagonis Jules Verne itu yang pada kebanyakan waktu adalah secara solo dengan melalui kawasan dari New York ke England, Perancis, Mesir, Sri Lanka, Singapura, Jepun, Hong Kong dan ke San Francisco. Seperti watak Fogg, Bly juga mengembara menerusi kapal wap dan keretapi. Pengembaraannya yang hampir 25,000 batu mendapat tajaan daripada akhbar The New York World, kemudiannya dikalahkan oleh George Francis Train, yang mengembara dalam masa 67 hari.
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.
No comments:
Post a Comment