MY FOLLOWERS

Friday, November 7, 2014

Kesihatan - Tanda Badan Kekurangan Vitamin

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 

 

Apabila badan cuba memberitahu bahawa tubuh anda kekurangan vitamin pada satu-satu masa, apakah bentuk isyarat yang diberikan supaya anda tahu apakah yang anda kurang ketika itu? Menurut Dr Susan Blum, pengasas Pusat Kesihatan Blum dan penulis buku, dengan bentuk diet hari ini yang banyak bertumpu kepada pengambilan makanan yang diproses menyebabkan ramai yang mudah mengalami masalah kekurangan vitamin, sama ada kurang makan atau badan tidak dapat menyerap zat dengan sempurna kerana masalah penghadaman.

Periksa tanda-tandanya:
 
Ada rekahan pada tepi mulut
Kurang: Zat besi, Zink, Niasin (B3), riboflavin (B2), dan B12.
Solusi: Makan Sup, ikan salmon, tuna, telur, tiram, tomato, kekacang, kacang lentil, brokoli, lada loceng, kale, kubis bunga.

Ruam merah, bersisik tepi muka dan rambut gugur
Kurang: Biotin (B7),
Solusi: Telur dimasak, salmon, avokado, cendawan, kubis bunga, kekacang, rasberi, pisang.
 
Akne kemerahan atau putih atas pipi, lengan, peha, pinggul.
Kurang: Asid lemak, vitamin A dan D
Solusi: Lemak tepu dan lemak trans. Tambahkan pengambilan ikan salmon dan sardin, walnut, almond. Untuk vitamin A, ambil sayuran daun dan yang berwarna seperti lobak, kentang manis, dan lada loceng yang membekalkan beta karotin yang digunakan badan untuk membentuk vitamin A. 

Sesemut, rasa menyucuk dan kebas pada tangan, kaki.
Kurang: Folat (B9), B6, dan B12. Simptom ini boleh digabung bersama kegelisahan, depresi, anemia, keletihan dan ketidakseimbangan hormon.
Solusi: Ambil sayur bayam, asparagus, bit, kacang, telur, sotong, tiram dan sup.
 
Kekejangan otot gila dalam bentuk rasa sakit menusuk di jari kaki, betis, lengkungan kaki, dan belakang kaki.
Kurang: Magnesium, kalsium, potasium.
Solusi: Ambil pisang, kacang almond, kacang hazel, labu, ceri, epal, jeruk bali, brokoli, sayur kale, bayam, dandelion.


KLIK SINI untuk artikel penuh.




No comments: