MY FOLLOWERS

Sunday, November 16, 2014

Berita - Minta Tolong Jin Untuk Buat Duit dan Akibatnya

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



 
KUALA LUMPUR: Seorang usahawan mendapat balasan atas kebodohannya selepas percaya yang dia mampu menjadi jutawan segera dengan bantuan seorang bomoh. Bukan menjadi semakin kaya, sebaliknya mangsa berusia 40-an itu kerugian RM400,000 selepas bomoh Afrika itu yang mendakwa kononnya boleh menggandakan wangnya 3 kali ganda dengan bantuan jin, menghilangkan diri. Ketua Polis Ampang Jaya Assistant Commissioner Khairuldin berkata mangsa didatangi bomoh itu di Pandan Jaya 3 bulan lalu. Pada awalnya mangsa ditawarkan untuk membeli sebentuk cincin berharga RM2,000 sebagai langkah pertama untuk berkomunikasi dengan jin dan mangsa bersetuju. 

Mangsa kemudian diminta membeli 3 bagasi dan menyediakan wang RM84,000 yang akan dicampur dengan kertas putih dalam beg berkenaan. Dengan bantuan jin, kertas itu akan ditukar menjadi duit. Kemudian dia diminta pula untuk mencari rumah atau hotel untuk menjalankan upacara tertentu untuk berkomunikasi dengan jin tersebut sebelum menyedari dia sudah ditipu dan sudah kehilangan sebanyak RM393,500 tanpa ada sebarang pulangan. Bertindak atas laporan mangsa, polis berjaya menahan suspek di sebuah taman di Pandan Indah selain turut merampas telefon bimbit, bagasi mengandungi kertas, lilin serta pakaian berwarna merah dan putih. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan penipuan.


 

KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: