MY FOLLOWERS

Thursday, November 20, 2014

Hidupan Liar - Harimau Terlepas!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum..... 




Seekor harimau yang masih terlepas di Paris mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk setempat selepas anggota bomba dan polis yang bertugas menghentikan sementara operasi mencari harimau berkenaan selepas gagal mencarinya. Seorang wanita membunyikan penggera pada pagi sebelumnya selepas terserempak dengan haiwan berkenaan di tempat letak kenderaan sebuah pasaraya bandar Montevrain berdekatan Disneyland Paris. Beberaoa orang awam ditemui menyatakan ternampak haiwan itu sedang merayau-rayau. Lebih 100 anggota polis dan bomba dilengkapi senjata ubat penenang ditugaskan dibantu dengan pencarian menggunakan helikopter, mencari harimau itu sepanjang hari di daerah Seine-et-Marne namun gagal. Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai tinggal dalam rumah dan menggunakan kenderaan untuk mengambil anak dari sekolah sebagai langkah berjaga-jaga.

"Tidak disangkal lagi, ia seekor harimau berdasarkan tapak kakinya dan ia bukan buatan manusia. Kesan tapak kaki dan foto ini memang betul," kata Robert Picaud, ketua kumpulan warga tempatan yang bertanggungjawab dalam mengawal serangga perosak, yang menyertai pencarian.

Polis menggunakan kamera terma untuk menjejaki haiwan ini dan menganggarkan beratnya sekitar 70kg/155 paun. Anjing pengesan juga digunakan dalam usaha pencarian. Operasi ditangguhkan sehingga subuh keesokannya.

Pada Khamis lalu, wartawan AFP melaporkan melihat 12 kenderaan bomba dan polis berhampiran pasaraya tersebut pada kali pertama haiwan berkenaan dikesan. Haiwan tersebut juga dilihat oleh beberapa orang yang sedang bermain tenis di kawasan berdekatan dan pihak berkuasa berharap ia dapat ditangkap secara hidup-hidup.

"Jika boleh, kita cuba untuk tidurkannya. Jika ia bertindak agresif dan berbahaya, arahan untuk membunuhnya akan dikeluarkan," kata pihak polis. Kata mereka lagi, kesan tapak kakinya juga dilihat di kawasan hutan berhampiran namun masih tidak jelas dari mana ia datang. Meskipun jarak antara pekan dengan Disneyland tidak jauh, sumber menyatakan ia tidak ada kena mengena dengan taman hiburan berkenaan. Pihak berkuasa telah bertanyakan pada pihak taman hidupan liar 30 km dari situ.

Sumber siasatan menyatakan pencarian akan semakin sukar jika haiwan itu berkelakuan seperti biasa seperti selalu tidur di atas pokok selama berjam-jam tanpa dikesan.


KLIK SINI untuk lebih ngauumm...  :-)

No comments: