Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Ehh biar betul nii??
Ehhh... aku kat mana niee..??
Sebelum ini pernah dipaparkan kes ahli keluarga yang sudah mati menghubungi telefon bimbit kerana syarikat tersebut mengitar semula nombornya dan dibeli oleh pengguna lain sehingga menyebabkan kekeliruan dan mengejutkan keluarganya. Hari ini ada pula kes mengejutkan seorang doktor dari Poland apabila beliau mengetahui seorang wanita tua berusia 91 tahun bangun semula di rumah mayat selepas dia disahkan meninggal dunia beberapa jam sebelum itu.
Doktor berkenaan dalam satu siaran stesen tv TVN24 bahawa dia yakin wanita itu memang sudah disahkan mati. Dia telah memeriksa nadi pada tangan dan leher wanita itu, mendegar degup jantung dan bunyi pernafasan, dan reaksi mata pada cahaya, namun tiada sebarang tanda dia hidup. Doktor itu telah memeriksa warga tua itu, Janina Kolkiewicz, selepas ahli keluarganya mendapati dia sudah tidak bernafas. Dua jam sesudah disahkan meninggal dunia, dia dibawa ke rumah mayat dan sebelum tengah malam, pekerja di rumah mayat itu yang sedang membawa satu jenazah lain mendapati Janina Kolkiewicz bergerak-gerak dalam beg mayat. Bila dibuka, dia merungut kerana kesejukan dan minta segelas teh dan dihantar pulang.
Jurucakap pendakwa tempatan berkata kepada AP bahawa dia belum pernah mendengar kes seumpama itu dan pendakwa menyiasat sama ada pesakit tersebut berdepan bahaya akibat kesilapan diagnosis. Mereka turut mencadangkan mahkamah supaya tidak mengambil sijil kematian yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang akan menamatkan manfaat sedia ada diperoleh seperti pencen. Mangsa tersebut dikeluarkan dari hospital dan disahkan sihat.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment