MY FOLLOWERS

Friday, November 7, 2014

Kesihatan - Makanan Pembekal Tenaga Untuk Otak Anda

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


 
Mentega almond - Merupakan peluang yang baik untuk anda menghindari masalah kekurangan memori bila usia meningkat. Almond kaya dengan vitamin E, yang terbukti membantu mengurangkan risiko kerosakan kognitif. Mentega almond mengandungi vitamin E 3 kali lebih banyak daripada mentega kacang.

Daun salad dengan keju - Jika anda mengalami masalah kesukaran mengingat, sayuran hijau seperti brokoli atau bayam adalah pilihan untuk anda. Ia kaya dengan vitamin K yang berupaya meningkatkan kemampuan mengingati secara lisan. Sayuran hijau mengandungi folat, bersama vitamin B12 bagi meningkatkan fungsi kognitif di kalangan orang dewasa. Oleh sebab vitamin B12 tiada dalam sayuran hijau, maka tambah telur atau keju dalam hidangan ini.

Beri biru - Unsur flavonoid dalam beri biru mampu meningkatkan ruangan memori dengan antioksidan yang membantu mengurangkan inflamasi yang menjejaskan ingatan jangka panjang.

Teh hijau - Satu kajian mendapati mereka yang minum teh hijau sebelum ujian fingsi kognitif menunjukkan hasil lebih baik berbanding yang minum plasebo. Pengkaji yang memantau fungsi otak peserta ujian mendapati mereka berupaya untuk belajar lebih cepat.

Ikan salmon atau tuna - Unsur DHA, sejenis asid lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan yang lebih berlemak seperti salmon atau tuna boleh membantu meningkatkan keupayaan memori dan masa untuk ingat kembali. Kajian dijalankan ke atas 176 orang dewasa mendapati 1.16g DHA memberikan hasil yang berbeza.

Tomato ceri - Sayuran berwarna oren dan merah merupakan antara sumber terbaik nutrisi dipanggil karotenoid yang membantu meningkatkan kognisi dan memori bagi jangka panjang. Likopin, sejenis nutrisi yang banyak terdapat dalam kulit tomato adalah salah satu daripadanya. Ia melindungi anda daripada inflamasi disebabkan depresi, selain memberikan mood yang baik.

Sayuran akar - Contohnya, lobak. Dalam kajian dijalankan, subjek berumur 70 tahun ke atas diberi minum jus bit, kemudian diimbas dengan mesin MRI. Hasilnya pengkaji dapati ia membaiki kadar aliran darah ke otak. Rahsianya, unsur nitrat yang ada dalam bit, lobak dan sayuran lain yang berwarna terang.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: