MY FOLLOWERS

Friday, October 24, 2014

Artikel - Seminggu di KFC Lepas Putus Cinta....

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Awek yang sungguh kasihan....


 

Kekecewaan dalam percintaan adakalanya membuatkan seseorang tidak kira lelaki mahupun perempuan buat kerja gila. Adakalanya yang dibuat itu memang tidak masuk akal atau mungkin langsung jauh beza daripada dirinya yang sebenar. Penulis sebelum ini pernah dengar banyak kisah dan antara yang menarik, bila seorang lelaki segenerasi dengan kita bertukar menjadi alim dan semakin dekat dengan Allah. Bila mendengar cerita tersebut, terdetik 'Alhamdulillah', bagus juga. Lagi bagus kalau itu berterusan. Satu cerita lagi, bila ada seorang pengawal keselamatan sebuah IPT sebelum ini seperti mahu bunuh diri sebab kecewa dengan si perempuan yang rupa-rupanya menipunya dan permainkan perasaannya selepas berhabis mungkin ratusan ringgit untuk penuhi permintaan si perempuan itu. Tipu sekadar untuk dapat habuan duniawi dalam masa yang sama keluar dengan orang lain. 

Seorang wanita warga China, Tan Shen yang baru ditinggalkan kekasihnya menghabiskan masa seminggu di KFC berdekatan stesen keretapi yang dibuka 24 jam untuk melupakan bekas kekasihnya. Dia juga menghubungi tempat kerjanya menyatakan tidak sihat, sambil itu memesan kepak ayam. Sewaktu makan di situ, dia memutuskan perlukan masa untuk berfikir. Seorang pekerja di situ yang pada awalnya tidak perasan, akhirnya mula memberikan perhatian. Hanya selepas seminggu berkampung di situ, barulah dia beredar untuk pulang ke rumah keluarganya. Itu pun selepas media tempatan mula memberi perhatian untuk menulis cerita mengenainya.

 

Adoii... hati manusia....

KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: