Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum......
Baru semalam diumumkan harga minyak petrol dan diesel naik 20 sen seliter. Sekali lagi naik selepas beberapa tahun ia kekal pada paras RM2.10 seliter. Bila akan turun semula? Itu wallahualam.. Reaksi rakyat? Bengang, kecewa, marah, tidak senang duduk pun ada. Masakan tidak, setiap kali naik sahaja, maka akan adalah nanti berita-berita di sekeliling menyatakan harga barang itu dan ini akan naik sama. Mulalah nanti akan ada pegawai datang sana sini untuk pastikan peniaga sana sini kalau boleh tidak naikkan harga sesuka hati. Konon! Sampai bila rakyat mahu teruskan berada di bawah tekanan? Dahulu ketika harganya melonjak sehingga RM2.70 seliter pun orang masih bising. Sehinggalah harganya perlahan-lahan turun ke bawah RM2.00. Kini harganya naik semula. Maka akan bisinglah semula dengan bermacam bunyi dengan suara dan bahasa yang tidak sedap didengar. Masa bila mulut rakyat boleh ditutup? Cuba disuap dengan duit bantuan? Rasanya tidak perlulah fikir jauh sangat dalam hal ini. Berbuihlah mulut yang cuba menerangkan keadaan perlunya pengurangan subsidi namun tidak diendahkan rakyat marhain. Rakyat mahu bebanan mereka dikurangkan. Bukan ditambah lagi. Seorang bekas pemimpin negara ada berkata cara terbaik ialah mengurangkan kos operasi bukannya kurangkan subsidi.
Berdasarkan berita yang dibaca, katanya kenaikan ini adalah minimum. Maknanya kecil. Bagi rakyat, tidak kiralah naik walaupun 10 sen, ia masih besar. Asalkan naik, habis semua akan panas punggung! Lagi kecewa bila ada pula berita mengatakan disuruhnya kita ke pindah ke negara lain kalau tidak mahu ikut cakap si polan si polan... Berita apakah ini?
Walau bagaimana pun, harapnya janganlah naik setinggi atau sehampir RM2.70 seperti yang berlaku dahulu. Sungguhlah rakyat akan rasa terbeban dengan kenaikannya. Mahu ke destinasi mana-mana pun jadi susah sebab ada yang terpaksa fikir dua kali sebab harga minyak mahal.
Terfikir semula, semasa harga minyak masih rendah dahulu, adakah berlaku aktiviti seludup minyak seteruk hari ini? Bagaimana keadaannya?
KLIK SINI untuk baca selebihnya.
No comments:
Post a Comment