MY FOLLOWERS

Tuesday, October 14, 2014

Artikel - Peminjam Kena Lunas Hutang Sebelum Ke Luar Negara

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Rasanya isu ini bukanlah perkara baru sejak adanya PTPTN. Sejak menamatkan pengajian pada 2002 lagi sudah kedengaran bagaimana ada sesetengah senior ketika itu perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada PTPTN untuk menangguhkan pembayaran kerana ada yang belum mendapat pekerjaan, sesudah pihak PTPTN memohon supaya semua hutang pinjaman dilunaskan. Kemudian muncul pula berita mengatakan Jabatan Imigresen tidak lagi membenarkan mana-mana individu dalam senarai mereka yang mempunyai hutang dengan PTPTN untuk ke luar negara sehingga hutang berkenaan dilunaskan. Tidak kira orang biasa, orang kaya mahu pun artis, asalkan mereka ada hutang ini maka mereka tidak dibenarkan ke luar negara sehingga hutang berkenaan dilunaskan. 

Berita di Yahoo News hari ini menyebut lebih 700,000 termasuk peminjam gagal membayar hutang PTPTN dan dalam senarai hitam Jabatan Imigresen. Kata pengarah bahagian keselamatan imigresen dan passport, Ibrahim Abdullah, selama mana mereka dalam senarai hitam, mereka tidak dibenarkan melepasi sekatan imigresen walaupun mereka mempunyai tiket penerbangan yang sah ketika itu. Tidak kira mahu meninggalkan tanah air sama ada melalui jalan darat, laut atau udara.



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: