MY FOLLOWERS

Wednesday, October 15, 2014

Kesihatan - Brokoli Boleh Baiki Autism?

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



Dos bahan kimia yang ditemui dalam sayur brokoli dan sayuran lain mungkin membantu memperbaiki simptom autism pada orang muda. Namun mereka perlu memakan sayuran ini pada satu jumlah yang sangat banyak untuk mencapai dos yang dikehendaki, dikenali sebagai sulphoraphane. Sulphoraphaneditemui dalam brokoli, kubis bunga dan kobis dalam bentuk mentah dan bukan dimasak. Dalam kajian terbaru, pengkaji membahagi 40 orang dewasa dengan tahap autism berbeza kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mendapat ekstrak dos brokoli dan satu kumpulan lagi mendapat kapsul plasebo. 

Pengkaji kemudian merekodkan perubahan sikap mereka dan tahap interaksi sosial mereka sejurus ujian bermula. Pengkaji juga merekodkan peserta ini sebulan selepas ujian tamat. Daripada 26 yang mengambil sulphoraphane,17 daripada mereka didapati berkelakuan lebih baik, ada interaksi sosial dan lebih tenang. Mereka yang mengambil plasebo berubah sedikit sahaja. Bahan sulphoraphane tidak semestinya berkesan untuk semua orang tetapi dua pertiga daripada mereka menunjukkan peningkatan. Walaubagaimanapun, kesan perubahan ini tidak kekal kerana ia akan hilang sebulan selepas ujian tamat. Pengkaji menyatakan orang muda dengan autism ada lebih interaksi mata (eye contact) dan pertuturan lebih baik ketika demam. Ini mencadangkan sulphoraphane 'meregangkan' tubuh seperti ketika demam dengan sedikit atau tiada kesan sampingan.

Kajian seterusnya melibatkan peserta yang dipantau lebih rapi dan tidak demam. Keputusan ujian kali ini perlu disalin dan disahkan dan mungkin ekstrak brokoli yang spesifik bukannya paling efektif untuk mereka yang autism. Kajian lanjut perlu dijalankan untuk melihat kesannya ke atas wanita dan kanak-kanak, melihat sama ada ia turut memainkan peranan dalam membasmi autism. Beberapa ujian klinikal menggunakan sulphoraphane kini sedang dijalankan untuk mengkaji kesannya ke atas keadaan asma, kanser prostat dan skizofrenia.




KLIK SINI untuk artikel penuh.



No comments: