MY FOLLOWERS

Wednesday, October 22, 2014

Artikel - Pekerja Taman Hiburan Mangsa Pengunjung Main Kasar!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 

Assalamualaikum.....

Siapa takut siapa??

 
Mari kita lihat siapa yang keeeennaaaaa.... hehehehe


Seorang pekerja taman hiburan meluahkan mengenai sikap tidak bertanggungjawab pengunjung apabila dikasari dengan cara ditolak, ditampar malah hampir dicucuh dengan api. Pekerja yang bekerja di acara tahunan Halloween Horror Nights di Universal Studios Singapore itu sebagai tarikan sempena Halloween, menyuarakan ada pengunjung yang 'main kasar' kepada para pekerja yang juga pelakon di taman itu sehingga mereka pula menjadi takut. Beberapa orang pelakon menyuarakan mereka dikasari oleh pengunjung termasuk diraba, menyebabkan mereka terasa dicabuli.

"Saya berdiri di satu sudut dan beberapa orang sentuh hidung badut yang saya pakai, sentuh rambut, muka, dada, bahu. Mereka sentuh barang-barang dan menghempasnya pada saya. Kemudian mereka buat lagi. Kami berusaha untuk buat persembahan yang baik hanya untuk dicabuli orang ramai." tulisnya di laman sosial. Walaupun tulisannya itu dipadam, tetapi satu lagi tulisan daripada pelakon lain yang juga bekas pekerja taman tersebut muncul dan menceritakan pengalamannya.

"Oleh sebab sudah tamat kontrak, maka sepatutnya selamat untuk memperkatakan mengenai hal ini. Insiden tahun lepas berlaku kepada saya dan pelakon lain, dan itu bukanlah sikap paling buruk pengunjung yang kami hadapi. Mata kami dicucuk melalui lubang mata pada topeng, kostum ditarik cuba untuk ditanggalkan, ditolak ke belakang, ditampar, ada yang sengaja berdiri lama depan kami untuk mencemuh, menjerit dan cuba takutkan kami, dipukul dengan cenderamata seperti tongkat sakti, dan buluh, malah ising daripada kek sewaktu pengunjung cuba membakar set yang diperbuat daripada surat khabar."

Insiden berkenaan juga diceritakan semula oleh pelakon lain berusia 20 tahun yang ditemubual oleh Today, mengenai pelakon wanita mereka disepak di kelangkang dan ditumbuk di muka oleh pengunjung. Kata Vanessa kepada Vulcan Post, "Pengalaman tahun lepas ketika Halloween Horror Nights, itu bukannya pertama kali bekerja di USS tetapi kali pertama di bahagian rumah hantu. Daripada terus diterangkan mengenai penggunaan bahan-bahan kalis api, saya putuskan untuk tidak kembali ke set sehingga sesuatu dilakukan mengenainya. Kami failkan sekurang-kurangnya 2 laporan setiap syif dan bercakap kepada pengarah serta kru bila kami ada pelaung berbuat demikian. Akhirnya persetujuan dicapai, dan kru ditempatkan di bilik untuk pastikan keselamatan kami. Itu sahaja yang kami mahu. 

Saya bekerja sebagai penghibur dan tahu syarikat yang saya ambil kontrak dengannya bertanggungjawab ke atas keselamatan dan melindungi saya ketika bekerja. Isu yang timbul bila pekerja yang diambil oleh USS tidak profesional dan tidak jelas akan hak mereka sebagai penghibur. Saya diberitahu mereka dipukul dan ditakutkan dan itu bukan sebahagian daripada bidang mereka. Anda tidak minta semua itu dan ia tidak dijangka hanya kerana mereka bekerja sebagai pelakon hantu. Adalah tanggungjawab pengunjung untuk faham tugas pelakon hantu ini sebagai penghibur, dan menjadi tanggungjawab syarikat untuk memastikan insiden malang tersebut dicegah dan bukanlah juga yang terbaik tahun lalu.  

Terdapat beberapa isu berkaitan iaitu tidak berperikemanusiaan (orang ramai mengabaikan yang pakai kostum itu juga manusia biasa), salah guna kuasa (pengunjung tahu pelakon tidak boleh membalas balik), dan tindakan tidak patut. Saya mahu mengingatkan pengunjung supaya sedar akan tanggungjawab dan tindakan mereka dan faham bahawa yang memakai kostum itu juga manusia yang punya perasaan. Anda masuk untuk berseronok dan mereka ini cuba memastikan anda terhibur, jadi janganlah jadi bodoh." 

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan juga pengunjung perlu pertimbangkan sewajarnya bahawa para pelakon inilah yang menjadikan tarikan Halloween itu berjaya. Tidak kiralah setebal mana mekap yang dipakai, mereka tetap manusia biasa. Berhibur itu satu perkara, namun itu bukan alasan untuk ketepikan tatasusila yang sepatutnya.



KLIK SINI untuk artikel penuh.... heheheheheeeeeee...

No comments: