MY FOLLOWERS

Monday, May 2, 2011

Paranormal - Hilang Ketika Lahir 1

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

(Diceritakan oleh seorang perempuan)


Kisah ini terjadi pada seorang kawan suamiku, N. Secara kebetulan ketika saya bertandang ke rumah ibunya dan bersembang, terkeluarlah cerita bab anak. Dia pun ceritakan kisah itu bila dia terpandang anak perempuanku. Selepas melahirkan N, ibunya mengandung lagi. Semasa waktu untuk bersalin hampir tiba, si ibu selalu bermimpi ternampak seorang perempuan tetapi dia diam sahaja. Jadi, dia tidak ambil peduli. Sampai waktu untuk bersalin, bapa N memanggil bidan. Si ibu yang sedang penat tiba-tiba terasa seperti terlelap tetapi sekejap sahaja. Bila terjaga, perutnya kempis tetapi bayinya tiada seolah-olah tiada apa yang berlaku! Bidan dan si suami terkejut tapi kata si ibu, sejak dari kejadian itu, setiap kali selepas solat dia akan nampak bayangan seorang budak perempuan sedang menangis dan berkata, "Mak, minta maaf..." sebelum hilang. Sehingga sekarang, dia masih nampak. Dia merasakan itulah anaknya yang hilang dahulu dan sedang membesar di alam lain.