Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family
Assalamualaikum...
Untuk memesan hidangan, anda cuma perlu tuliskan kod makanan dan minuman di atas resit yang disediakan di meja. Anda boleh lihat kod menu tersebut pada risalah seperti di atas (bucu atas sebelah kiri pada gambar menu). Jika anda teringin untuk mengetahui menu yang selebihnya, anda perlulah datang sendiri ke kopitiam ini. Selamat mencuba!
Nak balik dah...
Lokasi
premis ini terletak berdekatan seksyen 7, Shah Alam. Penulis dan
keluarga sempat meluangkan masa bersama seorang kenalan yang kebetulan
berada di Shah Alam untuk bersarapan di Pak Li Kopitiam yang
dikatakannya pernah mendapat liputan TV3 untuk rancangan Jalan-jalan
Cari Makan (JJCM) suatu masa dahulu. Banyak kisah berkaitan isu semasa,
politik dan perguruan turut diceritakan oleh kenalan ini sementara
menunggu hidangan tiba di meja.
Suasana di kopitiam
Antara
yang dipesan ialah French Toast beserta mentega dan manisan, French
Fries, Tuna Sandwich serta mee sup. Kata kenalan ini lagi, mee sup di
sini antara menu yang terbaik disajikan.
Ipoh White Coffee
Honey Lemon Tea
French Fries dan Tuna Sandwich
French Toast didatangkan bersama mentega dan manisan seperti madu (yang ini sudah 3/4 dimakan oleh penulis.. hehehe)
Sebahagian menu yang disajikan di sini.
Harga adalah sebagaimana dipaparkan di atas risalah yang disediakan.
Untuk memesan hidangan, anda cuma perlu tuliskan kod makanan dan minuman di atas resit yang disediakan di meja. Anda boleh lihat kod menu tersebut pada risalah seperti di atas (bucu atas sebelah kiri pada gambar menu). Jika anda teringin untuk mengetahui menu yang selebihnya, anda perlulah datang sendiri ke kopitiam ini. Selamat mencuba!
Nak balik dah...
1 comment:
sedapnye~~~
Post a Comment