MY FOLLOWERS

Thursday, May 19, 2011

Artikel - Reaktor Nuklear Malaysia

Credits to: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum...


28.06.1982 - Reaktor TRIGA PUSPATI, sebuah reaktor penyelidikan yang telah beroperasi lebih dari 29 tahun (2011) yang terletak di Agensi Nuklear Malaysia (ANM), Bangi, Selangor. Unit Tenaga Nuklear telah ditauliahkan, yang memberi makna bermulanya satu era baru penggunaan teknologi nuklear di Malaysia yang telah dibina pada November 1981. Reaktor TRIGA PUSPATI direkabentuk dan dibuat di Amerika Syarikat oleh Syarikat General Atomic, San Diego. 

Ia merupakan salah satu daripada lebih 62 reaktor jenis yang sama beroperasi di seluruh dunia pada masa ini. Reaktor jenis TRIGA MARK II ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang TERBAIK sepertimana yang ditunjukkan oleh rekod-rekod keselamatan pengendalian yang dicapai di UTN dan juga daripada pengguna-pengguna lain di seluruh dunia. Kegunaan utama reaktor nuklear TRIGA ini adalah untuk latihan penyelidikan dan pengeluaran radioisotop. 

Sejak TRIGA PUSPATI ini ditauliahkan, ia telah mencapai tahap 11,200 jam operasi bersamaan 7200 megawatt tenaga. Menteri Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong menyifatkan perkembangan itu sebagai satu peristiwa penting dalam sejarah Malaysia serta dapat mengembangkan lagi pembangunan sains dan teknologi khususnya teknologi nuklear. Dengan beroperasinya reaktor TRIGA PUSPATI itu pada hari ini (dalam tahun 1982) membolehkan negara maju setapak lagi dalam bidang penyelidikan dan merupakan satu kejayaan cemerlang negara.

Sumber

No comments: