Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum...
(Diceritakan oleh seorang perempuan)
Arwah nenek saya juga ada ceritanya. Anak perempuannya (kakak bapa saya) hilang dalam rahim sewaktu mengandung. Begitulah juga ceritanya, tiba-tiba sahaja perut kempis. Sebelum perutnya kempis, dia ada bermimpi melihat nasi yang dimakan bertaburan keluar dari pinggan dan tidak sempat disuap ke mulut. Mimpi yang sama berulang dua atau tiga kali. Selepas perutnya kempis, ada sekali dia bermimpi seorang perempuan datang memberitahu untuk jadikan anak itu sebagai anak angkat. Arwah nenek berkata bahawa perempuan itu menggelarkan dirinya Puteri Saadong (Wallahualam). Katanya jangan bimbang sebab dia (Puteri Saadong) akan menjaganya dengan baik. Kalau rindu, dia meminta arwah nenek ingatkan anaknya dan malamnya dia akan datang dalam mimpi. Tidak lama kemudian, arwah nenek menjadi pandai mengubati orang dan menjadi bidan. Selepas arwah datuk meninggal dunia, umur ayah saya baru 7 tahun. Semenjak daripada itu, arwah nenek juga tidak pernah berkahwin lagi sehingga ke akhir hayatnya.
2 comments:
a'ahhh penah dengar...
pastu time raya dia balik jenguk mak ayah dia..
sedih pon ada.
misteri betul..
Post a Comment