MY FOLLOWERS

Saturday, August 20, 2016

Artikel - Selfie Paling Berani....

Kredit kepada: Yahoo Style
Gambar ihsan: Yahoo Style



Assalamualaikum.....


Berani keee???


Gadis Moscow ini, Angela Nikolau dengan beraninya berselfie dan langsung tidak takut gayat. Bergambar di atas pencakar langit dan dengan selambanya melakukan posisi yoga, bagi orang biasa, itu mesti agak menakutkan. Lain pula halnya dengan gadis ini. 

Walaubagaimanapun, memang diakui shot foto yang diambil agak cantik dan mengkagumkan. Kalau anda tidak berasa kecut perut dan tidak terasa mahu pitam, bolehlah lihat sendiri foto-foto yang disediakan ini......  





















Jangan tengok ke bawah:  SINI  | 




Berita - Wajah-wajah Pemenang Pingat di Olimpik Rio 2016

Kredit kepada: Yahoo Sports
Gambar ihsan: Yahoo Sports



Assalamualaikum.....


Dato Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, Azizulhasni, serta dua bergu badminton Malaysia telah beraksi cemerlang membawa nama Malaysia sekali lagi ke pentas Olimpik. Beberapa pingat berjaya diraih. Meskipun bukan semua acara disertai tetapi itu sudah cukup sebagai bukti yang negara ini juga ada atlet yang kuat yang boleh menyaingi peserta lain.

Tahniah! Malaysia Boleh!      
























Sumber kemenangan: SINI  |  SINI  |  SINI  |   




Artikel - 6 Skill Penting Perlu Ada Untuk Menjadi Jutawan

Kredit kepada: Enterpreneur.com
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

Dengar baik-baik nasihat daripada mereka yang telah berjaya menjadi jutawan. Berikut adalah 6 kemahiran yang digunakan oleh jutawan yang mesti anda gunakan kalau sesiapa ingin menjadi jutawan:




1. Boleh kenalpasti peluang yang terbaik.   

Menurut seorang usahawan Mexico yang berjaya, "Bila berlaku krisis, ramai yang akan lari tetapi kami berminat untuk ambil peluang itu."

Belajar kenalpasti peluang yang ada bila ia muncul, pertimbangkan risiko dan manfaat yang berpotensi. Peluang boleh jadi sesuatu yang terbaik tatkala ramai yang tidak berkejar untuk dapatkannya. Kalau tiada siapa pun yang mahu ambil, boleh jadi itu peluang untuk anda maju ke depan. Kalau pun semua orang mahukannya, itu peluang anda untuk jadi lebih baik daripada mereka.





2. Lebihkan tindakan daripada sekadar cakap.  

"Actions speak louder than words"  

Mendiang Andrew Carnegie juga bersetuju. Bila kariernya semakin meningkat, dia pernah berkata, "Bila saya semakin bertambah umur, saya semakin kurang beri perhatian kepada apa yang orang cakap. Saya lihat apa yang mereka buat." 

Sekadar faham rancangan perniagaan atau pembentangan pelaburan tidak akan memberi sebarang makna kalau idea itu tidak dapat diterjemahkan ke bentuk tindakan dengan sebaiknya. Klien ingin lihat misi syarikat dan nilainya tanpa cacat cela. Permohonan kerja yang sempurna tidak semestinya melambangkan pekerja itu baik kalau dia tidak dapat tunjukkan sepertimana kelayakan yang dia ada.




3. Pastikan anda ada visi kejayaan yang jelas. 

Visi yang jelas boleh menjadi satu kekuatan yang membolehkan seseorang terus hidup dan ada kesinambungan pemikiran berabad lamanya. Seorang usahawan dari Hong Kong, Li Ka-Shing, percaya visi sebagai satu alat motivasi penting untuk berjaya.




Ce citer gokk... deme wak guano buleh jadi gitu??


4. Jangan berhenti belajar.  

Usahawan yang tidak sedar tentang perlunya terus belajar ilmu baru sebenarnya menyekat diri dan bisnes mereka untuk berkembang. Walaupun telah berjaya mencapai sesuatu tahap, ketahuilah bahawa orang lain tahu sesuatu yang kita tidak tahu. Dengar juga pengalaman orang lain. Belajar daripada pencapaian dan kesilapan mereka. Cuba juga teroka ilmu keusahawanan yang boleh anda tambah lagi. Elon Musk, pengasas bagi PayPal, SpaceX dan Tesla Motors, berkata "Teruskan fikir bagaimana anda boleh buat sesuatu lebih baik dan tanya diri sendiri."




5. Selesaikan kerja! 

Sebagai usahawan, bukannya semua kerja boleh dibuat. Maka, adalah lebih bijak jika tugas yang kurang penting tetapi tidak perlu segera kepada orang lain. Jangan risau untuk minta tolong daripada kumpulan pekerja atau dilantik secara bebas kalau itu boleh menjadikan syarikat anda seperti yang diinginkan. Selesaikan tugasan adalah asas untuk kejayaan sesebuah syarikat.




6. Lantik yang terkenal  

Dalam sesebuah syarikat, mesti ada sesetengah orang yang dikira agak terkenal atau lebih ke depan sebab tahap kemahirannya dalam sesuatu tugas. Pilih secara berhati-hati orang yang dikehendaki ke dalam kumpulan atau agensi anda walaupun itu akan ambil sedikit masa.



Mahu juga jadi kaya:  SINI  |      

Artikel - 4 Sebab Kenapa Anda Takkan Menjadi Jutawan

Kredit kepada: Enterpreneur.com
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Percutian yang merehatkan di Langkawi atau Pulau Perhentian, dapat menderma berjuta-juta RM dan bersara awal pada bila-bila masa yang disukai. Itulah antara perkara yang biasa bermain dalam fikiran bile dengar sahaja perkataan 'jutawan'. 


Kalau jadi orang biasa-biasa, itu semua hanya dalam mimpi. Kalau betul anda mahukan semua itu seperti diangankan, maka anda perlulah melepasi segala macam halangan yang cuba menghentikan anda untuk menjadi jutawan. Setiap halangan ada bezanya dan memerlukan anda bertindak segera untuk mengatasinya.





1. Tidak faham bagaimana duit bekerja.  


Duit bukanlah perkara rumit tetapi hanya sebahagian yang faham bagaimana ia bekerja. Maka adalah menjadi tanggungjawab sendiri untuk cari dan belajar dari mana datangnya duit itu, bagaimana ia dilabur dan bagaimana ia disimpan dan dijaga. 

Jutawan biasanya tahu duit bukanlah didapati, dimenangi macam loteri atau dicipta begitu sahaja. Kekayaan bukanlah satu kemalangan atau nasib tetapi satu tindakan (action). Kekayaan itu dibina ibarat bangunan. Kena bina dari bawah. 


Untuk tahu lebih banyak, anda disarankan untuk baca buku-buku ini:

Rich Dad, Poor Dad by Robert Kiyosaki
The Total Money Makeover by Dave Ramsey
The Richest Man in Babylon by George Clason


Jangan setakat baca, ambil juga pengetahuan yang dikongsi dalam buku-buku ini. Ada manfaatnya. Kewangan peribadi boleh dipelajari. Bila sudah mahir, anda akan sedar bahawa kekayaan itu sebenarnya mudah sahaja dibina berbanding apa yang anda sangkakan.




2. Anda tidak hargai pendidikan yang diperolehi.    

Bagi usahawan, banyak perkara perlu dikorbankan untuk berjaya, yang utama adalah masa. Mereka yang kaya tidak akan berhenti belajar di samping meneruskan bisnes yang diusahakan. Banyak video temubual dan seminar yang dikongsi di laman media. Bila dengar video itu, dengar dan ambil tips-tips yang dikongsikan. Luangkan sedikit masa setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum pergi kerja atau malam selepas pulang. Janganlah fikir kerana asyik sibuk sepanjang masa sehingga tiada masa berbuat demikian, kerana anda akan rugi dengan ilmu yang dikongsikan.  





3. Belanja lebih sangat...  


Jutawan yang sebaiknya tidak akan menunjuk sangat dengan apa yang diperolehi. Hidup mereka mudah sahaja, bukanlah bermaksud menjadi kedekut dengan duit yang banyak yang didapati. Berbanding menghabiskannya dengan bina rumah besar atau beli kereta mewah, mereka yang bijak akan meletakkan duit mereka dalam pelbagai bentuk pelaburan contohnya hartanah atau saham.   

Selepas ini, tengok semula penyata akaun bank bagi bulan-sulan sebelum ini dan perhatikan ke mana mengalirnya setiap RM dalam akaun, susunkan semua senarai yang ada mengikut kategori.  Kemudian sediakan bajet untuk yang akan datang.





4. Anda tidak simpan aset.   


Kerja makan gaji memang tidak akan jadikan anda kaya raya, begitu juga kalau simpan semua gaji dalam tabung. Lalu bagaimana cara untuk bina kekayaan itu?

Jawapannya, mula simpan aset.  


Aset sebagaimana definisi Investopedia.com, adalah sumber dengan nilai ekonomi yang dimiliki atau dikawal oleh individu, badan korporat atau negara dengan harapan ia akan mendatangkan manfaat di masa hadapan. 


Aset boleh jadi bisnes yang menguntungkan, portfolio stok yang berkembang atau pelaburan dalam hartanah.

Kereta, rumah, gajet canggih bukan aset tetapi liabiliti yang akan mengurangkan nilai kekayaan.

Kalau sudah boleh bezakan antara liabiliti dan aset, maka berhentilah kumpul liabiliti dan mulalah kumpul aset yang akan menjana duit untuk anda bagi jangka masa panjang. 


Untuk lebih mudah, buat senarai antara aset dan liabiliti dalam hidup anda, termasuk nilai semasa. Bila sudah tahu, rancanglah untuk kumpulkan aset dan kurangkan beli segala yang menjadi liabiliti.  

Menjadi jutawan bukannya susah. Ia mudah bila anda ada masa dan pengetahuan untuk lakukannya.  Namun ia masih perlukan anda untuk atasi halangan. Sekalipun kalau anda sudah mendapat pendapatan jutaan RM, teruskan belajar tentang permainan duit, hargai pendidikan yang diperolehi, jangan membazir duit dan mula kumpulkan aset.



Sumber nak dapat duit banyak-banyak:  SINI  |    




Artikel - Ia Mesti Kekal Dalam Bahasa Arab Yang Asal

Kredit kepada: FB Mohamad Hazli Ismail
Gambar ihsan: FB Mohamad Hazli Ismail



Assalamualaikum.....



Siapa pulak la yang boleh fikir macam ni..???







Imam Ibnu Hajar menegaskan dalam Fatwanya; "Para ulamak telah ijmak melarang menulis al-Quran mengikut lafaz hijaiyyah (yakni tidak mengikut Resam Uthmani), maka lebih-lebih lagilah dilarang menulis al-Quran dengan bahasa 'ajam (yakni bahasa bukan Arab), di samping penulisan al-Quran dengan bahasa bukan Arab itu akan menyebabkan berlaku perubahan pada lafaz al-Quran yang bersifat mukjizat...." (al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/38).


Syeikh Az-Zarqani dalam kitabnya Manahil Al-'Irfan menjelaskan; "Para ulamak kita telah melarang penulisan al-Quran dengan huruf bukan 'Arab...Lujnah Fatwa al-Azhar bila ditanya tentang penulisan al-Quran dengan huruf-huruf Latin, maka jawapan yang diberikan; 'Tidak diragui bahawa huruf-huruf Latin dan rumi yang sedia diketahui (hari ini) tidak memiliki beberapa huruf yang menepati bahasa Arab, maka ia tidak dapat memenuhi dengan sempurna fungsi huruf-huruf bahasa Arab. Maka jika ditulis al-Quran dengan huruf-huruf Latin itu akan berlaku kekurangan/kecacatan dan perubahan pada lafaznya, dan ekoran darinya akan berlaku perubahan makna dan merosakkan maknanya...Telah ijmak para ulamak sekalian bahawa sebarang tindakan terhadap al-Quran yang yang membawa kepada pemindaan kepada lafaznya atau merubah maknanya, ia dilarang sama sekali dan haram secara putus...." (Manahil al-'Irfan, 2/96).




Petua - Cara Mengatasi Masalah Sembelit di Kalangan Kanak-kanak

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....







Hiburan - Rekaan Terbaru Transformers the Last Knight

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Yahoo News baru-baru ini telah mendedahkan rekaan terbaru robot dalam filem Transformers the Last Knight. Setakat ini belum lagi didedahkan rupa robot yang lain.    








Sumber rujukan:  SINI  |