MY FOLLOWERS

Sunday, April 26, 2015

Artikel - Foto Beberapa Jam Sebelum Bom Atom Dijatuhkan di Jepun

Kredit kepada: Debat Malaysia
Gambar ihsan: Debat Malaysia

 

Assalamualaikum.....


Foto-foto ini dirakamkan pada 9.8.1945 beberapa jam sebelum bom atom ini dijatuhkan di Hiroshima.











KLIK SINI untuk lebih banyak foto.




Artikel - Bagaimana Lightsaber Pertama Dicipta Dalam Star Wars?

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies

 

Assalamualaikum.....




Seorang pereka set untuk filem Star Wars Roger Christian tahu bahawa pedang cahaya (lightsaber) dalam filem ini menjadi salah satu ciptaannya yang penting. Dalam koleksi digitalnya, dia menunjukkan demonstrasi bahagian kamera yang diceraikan membawa kepada terciptanya pedang cahaya ini. 

Ia bermula apabila George Lucas mahu memulakan penggambaran di sebuah padang pasir di Tunisia. Ketika itu Roger Christian perlu memasang apa sahaja bahan yang ada untuk membikinnya. Dia ke kedai kamera dan membeli alat ganti dan menemui sekotak Graflex, sebuah alat pemegang lampu kamera 1940an. Kemudian dia kembali ke studio dan mencantumkannya dengan kayu dan butang dan mencipta prototaip lightsaber yang pertama. Hasilnya dapat dilihat dalam filem Star Wars Episode IV: A New Hope, ketika adegan Obi-Wan memberi pedang ini kepada Luke.  



Dalam filem Star Wars Episode VII: A Force Awaken yang akan datang, satu lagi lightsaber ditampilkan.



KLIK SINI untuk artikel penuh.


Artikel - Kisah Si Petugas Di Gaza Berhenti Merokok

Kredit kepada: The Pena
Gambar ihsan: The Pena

 

Assalamualaikum.....

Beberapa lagi kisah sesuai sebagai motivasi untuk berhenti merokok.




Apa-apa hal pun, merokok membahayakan kesihatan :-)


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.



Sekadar Luahan - 2 Cerita, Ending Lain

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Ohh... kisah tusyen lagi.. Dua kisah dengan pengakhiran berbeza..




Kisah 1

Penulis mengajar di sebuah pusat tusyen ini dengan kontrak selama 6 bulan. Bermacam projek dirancang, daripada pengajaran di rumah pelajar sehinggalah kepada beberapa projek di sekolah. Ada yang sempat penulis ikut serta, cuma kebelakangan ini agak pelik sebab mereka tidak hubungi pula sedangkan dalam laman Facebook ada dimuat naik beberapa kemaskini memaparkan projek-projek terbaru. Selalunya mereka akan dimaklumkan jika mereka akan jalankan sebarang rancangan.

Selepas tamat kontrak, langsung tiada sebarang panggilan atau sms. Maka kebetulan pada satu hari ketika menghadiri satu karnival jualan di Unisza penulis terserempaklah dengan cikgu yang uruskan bahagian tusyen di pusat ini. Katanya mahu tengok dahulu macam mana keadaannya. Kesudahannya? Senyap!

Jadi penulis pun pergi sendiri ke pusat itu dengan niat untuk tanya sendiri keadaannya. Lain diharap lain pula jadinya. Rupanya staf perempuannya kini sudah ambil alih tugasnya kerana menurutnya cikgu tersebut sudah berhenti sebulan lalu dan sudah buka tusyen sendiri. Dia pula mengambil tugas dan jawatan baru selepas CEO sendiri isytiharkan cikgu itu sudah berhenti dan tiada sebarang surat diserahkan. Kiranya berhenti senyap terus. Uiisshhh!!  

Berkenaan kontrak, perlu dapatkan dahulu semua dokumen berkaitan daripada cikgu itu.


Kisah 2

Satu lagi pusat tusyen di bandar ini. Bezanya staf yang uruskan tusyen sebelum ini sudah maklumkan kepada penulis mengenai dia kini tidak lagi bekerja di pusat itu. Staf baru kini sudah ambil alih tugasnya dan sedang mencari kembali mana-mana guru yang mengajar subjek sebelum ini. Tusyen ditangguhkan dahulu bagi memberi laluan kepada kerja naik taraf tempat tusyen yang mempunyai kelas dan pejabat. 


Sekadar Luahan - Krisis Masa!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Dalam masa seminggu dua ini, yang kerap berlaku apabila ada orang yang balik bercuti pertengahan semester selama dua minggu yang sibuk untuk minta pergi ke sana sini sedangkan kita inilah yang patut lebih sibuk. Kenapa? Sebab setiap pagi mahu berada di pejabat untuk sesi perkongsian pagi serta urusan lain. Bukannya bawa kereta macam bawa teksi ke sana sini. Kita ini sebenarnya tiada masa mahu layan itu semua sebab mahu bergerak dengan menepati masa (punctual!).

Nak punctual tahu?! Hari-hari!

Mentang-mentanglah kita tidak perlu punch card sebab jadual bebas, maka mulalah ambil kesempatan pula dengan anggapan kita ini bebas boleh disuruh itu ini. Dia pula yang lebih-lebih sibuk minta tolong hantar dan tolong ambil sebab segan sangat mahu minta tolong kawan lain. Macamlah kawannya tiada kenderaan langsung untuk ditumpang. Teruk betul! Kalau tiada orang mahu ambil dan hantar, pergilah sendiri atau paling tidak pun, duduk sahajalah di rumah tanpa perlu sibuk sangat mahu ke sana sini. Ini tidak, setiap kali balik sahaja cuti, itulah dia dan setiap kali itu jugalah kita akan mengeluh benda yang sama "Hmmm! Lewat lagi la aku.." Sampaikan ada juga ditegur beberapa orang kenalan seangkatan bila diluahkan hal ini, sebab masa yang sepatutnya diluangkan di pejabat sudah habis angkara pihak tidak bertimbang rasa.


Kalau sudah sampai ke tahap ini - TAK RETI-RETI LAGI KEE????!!!  


Hiburan - Deadpool

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies

 

Assalamualaikum.....



KLIK SINI dan SINI untuk artikel penuh.




Monday, April 20, 2015

Berita - Ekspo Cara Hidup Islam di TTC pada 16-18.4.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....




Mahu beli rumah? 
Mencari tempat tusyen anak mengaji atau akademik? 
Mencari perkhidmatan untuk cetak baju, kain rentang, kad kahwin, dsb? 
Syarikat ini ada jawapannya...










Yang cilik tidak dilupa




Farah (isteri Ally Iskandar TV3) juga tidak ketinggalan membuka booth 





Rakan-rakan PrudentialBSN juga tidak ketinggalan memberikan penerangan tentang kepentingan memiliki takaful serta produk-produk syarikat ini. Sudahkah anda miliki polisi takaful? 






Kali pertama Darussyifa' membuka booth, ramai yang hadir mahukan khidmat rawatan



Awek dalam tv pun sempat siap tunjukkan cara pakai shawl :-)



Kumpulan Rabbani turut hadir membuat persembahan



Sekitar Ekspo Cara Hidup Islam pada 16-18.4.2015 baru-baru ini. Antara yang menyertai ekspo ini ialah Darussyifa', Public Mutual, Domino's Pizza, Syarikat Seri Dewi Malam, Lulwa Hijab, Hijra Timepiece, Celcom, TM, Aidijuma, Islamic Relief Malaysia, National Kidney foundation, MAKNA, Gano Excel Enterprise, Farah Iskandar Apparel, Anis Cafe Enterprise, Prudential BSN Takaful, Omar Ali Holding Sdn Bhd, Hawaii Bakery and Food, Al-Fateh Group Capital Venture, Kasut YOU, One XOX Sdn Bhd, dan banyak lagi. Selain jualan, persembahan daripada artis jemputan, demonstrasi masakan, serta cabutan bertuah turut diadakan melibatkan penyertaan beberapa selebriti jemputan seperti Chef Lin, Rabbani, dan Suhaimi In-Team. Dibuka kepada pengunjung dari 10 pagi hingga 10 malam. Berlangsung di Galeri A dan B, TTC Kuala Terengganu.

Petua - Halau Nyamuk

Kredit kepada: FB Muhammad Nasim Mansor
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....

Terima kasih kepada yang berkongsi.






Wednesday, April 15, 2015

Berita - Karnival Pendidikan Mara di (TTC) pada 8-9.4.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Karnival Pendidikan Mara diadakan lagi di Terengganu Trade Center (TTC) pada 8-9.4.2015 yang lalu. Pelbagai IPT dari seluruh tanah air membuka gerai masing-masing di karnival selama 2 hari ini bagi memberi peluang kepada lepasan SPM dan pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah dalam bidang-bidang yang ditawarkan seperti perkapalan, pengurusan perniagaan, pelbagai bidang kejuruteraan, kejururawatan, dan lain-lain. Antara badan yang membuka gerai ialah German-Malaysian Institute (GMI), UniKL, Unisel, MSU, ICT, KPJ Healthcare, Mara, MRSM, TatiUC, GiatMara, AKPK dan ramai lagi.










Karnival ini dibuka kepada pengunjung dari jam 10 pagi hingga 6 petang sepanjang hari ia berlangsung.

Thursday, April 9, 2015

Seni & Kreativiti - Fotografi Separuh Dalam Laut

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV



Assalamualaikum.....







Daniel Botelho ialah seorang jurufoto marin yang dikenali dengan hasil kerja melibatkan berenang bersama jerung, buaya, paus biru, dan beberapa lagi karyanya di kawasan Artik. Namun kerja merakamkan foto model, Ane, di lautan Caribbean disifatkan antara paling sukar kerana memerlukannya meletakkan sebahagian badannya dalam air bagi merakamkan bahagian Ane berenang dalam lautan sambil diiringi jet yang melintas di udara secara simetri. Imej dirakamkan secara split-level. Tiupan angin dan ombak bergelora antara cabaran yang perlu dihadapi sepanjang sesi fotografi ini. 

Syarikat penerbangan menjadi penaja fotografi ini. Sesi ini dirakamkan di Pantai Maho di depan Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana yang terkenal dengan penerbangan rendah atas permukaan pantai yang ekstrim. 


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.


Animasi - Star Wars: The Tie Fighter Wars

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar/video ihsan: Yahoo Movies



Assalamualaikum.....

Sesiapa yang meminati filem epik perang galaksi Star Wars, pasti tahu Galactic Empire mempunyai barisan kapal perang yang terbaik dari segi rekaannya. Ia adalah menjadi satu sebab kenapa jika dilihat dari satu perspektif, filem animasi pendek Star Wars rekaan peminat ini sangatlah memuaskan. Animator Paul Johnson menghabiskan masa hujung minggu 'selama 4 tahun' bagi menghasilkan animasi ini dengan mengambil gaya lukisan ala anime Jepun 80an. Filem animasi selama 7 minit ini membawa penonton melihat ke dalam kokpit pesawat Empire’s TIE fighters, yang direka oleh Johnson dengan menggabungkan pelbagai elemen berdasarkan rekaan trilogi filem asalnya, permainan video TIE Fighter tahun 1984, serta rekaannya sendiri. Beliau juga mencipta barisan askar Imperial dengan kisah masing-masing, mengetengahkan watak droid yang biasa dilihat dan mencipta skor muzik sendiri. Hasilnya adalah sangat mengagumkan!   




KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.






Sunday, April 5, 2015

Artikel - Melihat Solar Eclipse

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....


Pemerhati melihat ke langit dengan begitu teruja menyaksikan fenomena gerhana matahari penuh yang  menjadikan kawasan utara Eropah itu gelap buat seketika. Fenomena ini dapat disaksikan di kepulauan Svalbard di Norway berdekatan Kutub Utara. Pengunjung di kepulauan Artik dapat melihat sinaran korona matahari penuh seperti cincin berlian yang hanya muncul ketika gerhana penuh. Di kawasan kepulauan Faeroe yang turut berlaku gerhana penuh ini, pengunjung sedikit kecewa apabila fenomena itu tidak dapat dilihat sepenuhnya kerana ditutupi awan. 

Sekitar 20,000 pengunjung membanjiri kawasan kepulauan Faeroe dan Svalbarduntuk melihat fenomena ini. Ia berlaku apabila kedudukan matahari, bulan dan bumi berada sebaris. Ketika gerhana penuh, bayangan bulan menghalang sinar matahari menyebabkan sinarnya kelihatan pada bahagian tepi bulan. Ketika gerhana separa, hanya sebahagian sinar matahari dipancarkan.

 "Ada pengunjung terkejut melihat betapa pantasnya ia berlaku." kata Sigrun Skalagard yang menyaksikan gerhana ini di utara Faeroe. Burung menjadi senyap dan anjing menyalak selama 2 minit 45 saat. Ramai tidak perasan apa-apa yang pelik ditunjukkan oleh haiwan liar.

Gerhana ini juga terjadi apabila bulan melalui titik terdekat pada bumi dalam orbitnya dan menambah tarikan gravitinya pada lautan yang membentuk ombak lebih kuat. Kesannya dapat dilihat di beberapa kawasan di utara Kanada yang dikenali antara kawasan ombak terbesar di dunia. 

Menurut maklumat NASA, gerhana penuh terakhir di Australia pada November 2012 dan seterusnya di Indonesia pada Mac 2012.














KLIK SINI untuk lebih banyak foto.