MY FOLLOWERS

Wednesday, April 13, 2011

Sekadar Luahan - You're Fired!! (No, I Am Resigning!!)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo News, Yahoo Images


Assalamualaikum.....


Saya telah kembali berkhidmat sebagai guru ganti di SK Gong Badak pada bulan Februari yang lalu. Kontrak saya hanya selama 3 minggu sahaja, bermula dari 6.2.2011 hingga 1.3.2011. Seterusnya saya dipanggil untuk menyertai satu kumpulan/pasukan yang diketuai Timbalan Dekan di sebuah universiti di sini untuk menghasilkan projek multimedia. Menggunakan perisian Flash 8 sebagai alat untuk mencipta halamannya seperti e-book membuatkan saya teringat kembali kenangan sewaktu berkhidmat sebagai Graphic Designer dan Editor di sebuah syarikat di sini pada 2007 menerusi Program ICT Negeri Terengganu atau M2Farm@Terengganu.

Cuma kali ini saya berseorangan dalam menghasilkannya bermula dari menghasilkan elemen-elemen grafik, animasi dan action script. Terasa sangat terbeban sehingga selalu tidak tenang dalam melalui kehidupan seharian. Sering juga saya seperti hilang rasa ingin tersenyum setiap kali ke bilik perbincangan bagi mesyuarat mingguan. Pagi-pagi lagi sudah tension!!! Tidak sebagaimana dahulu, meskipun syarikat sedikit bermasalah dalam pembayaran gaji bulanan, saya masih mampu tersenyum setiap kali ingin pergi dan pulang dari pejabat. Tidak terasa terlalu terbeban mungkin kerana ramai kawan yang turut terlibat. Ibarat suatu beban yang besar telah dibahagi sama rata kepada semua orang. Masing-masing akan pikul dalam jumlah yang sedikit.

Kali ini, yang sama hanya Flash 8 yang digunakan untuk membuat kerja. Saya sudah semacam hilang halatuju dan selalu 'blur' setiap kali selepas mesyuarat. Mesyuarat kali ini lain diminta, mesyuarat minggu depan pula lain ceritanya. Mana satu yang betulnya?! Yang semakin buat saya geram bila Timbalan Dekan hanya mahu item itu dan ini berfungsi tanpa ingin mengetahui apa masalah yang mungkin timbul! Ibarat mengambil sikap 'I don't give a damn' dalam hal ini. Saya boleh buat kerja, tapi biarlah dengan cara yang sistematik.


Sheen: Err..bos..saya pulak macam mana? Esok kene datang jugak ker?
Bos: Tak payaah!! You're fireddd!! Get oouuut!!


Pelakon Charlie Sheen Dipecat Daripada Siri Two and a Half Men.


Pada peringkat awal, saya diminta untuk siapkan beberapa grafik untuk dimasukkan sebagai scene dalam courseware multimedia itu nanti. Kemudian, pada mesyuarat seterusnya, minta hold dahulu apa yang sedang dibuat dan minta buat yang lain pula...dan seterusnya..seterusnya...etc...etc.. Segalanya tidak sistematik dan seperti tiada work flow! Saya terasa seperti kerja terlompat-lompat. Bila sudah disiapkan templates dan elemen-elemen berkaitan, barulah dibuka tajuk storyboard yang sepatutnya disebut pada awal-awal penyertaan lagi. Sungguh tidak sistematik. Kecewa? Sangatlah kecewa. 

Isi kandungan courseware sudah ada. Sepatutnya pihak mereka siapkan dahulu skrip dan storyboard supaya kerja-kerja penghasilan grafik menjadi lebih mudah, kerana bahagian grafik ialah bahagian yang paling banyak kerja untuk dilakukan sebelum ke peringkat membuat animasi dan memasukkan action script! Kalau setakat tahu menyuruh itu dan ini tanpa ingin mengetahui di mana susahnya menghasilkan produk ini, apa maknanya menghabiskan masa seharian menyiapkan apa yang diminta? Bagaimana pula dengan Pembantu Penyelidik yang sebelum ini? Tak mungkin dia sendiri dapat menghasilkan demo yang 'secanggih itu' tanpa bantuan daripada luar.. 

Saya pernah beberapa kali meminta untuk diberikan nombor telefon Pembantu Penyelidik sebelum ini bagi mendapatkan source file berkaitan, namun seperti tidak dilayan. Sebaliknya diminta untuk siapkan dahulu apa yang diminta. Soalan, bagaimana saya mahu siapkannya sedangkan saya tidak tahu apa yang perlu secara terperinci? Bagi saya, merujuk source file adalah sangat essential untuk membolehkan saya tahu kaedah menghasilkannya. Kenapa itu pun susah sangat nak bagi?! Setiap yang saya buat ini hanya mengundang jawapan "NO" ketika dalam mesyuarat seterusnya seperti dalam mesyuarat sebelum ini. Bukankah itu lebih membuang masa?! Tidakkah mereka tahu berapa lama masa diambil bagi setiap item untuk disiapkan oleh seorang pereka grafik?! Kalau mahukan ia disiapkan menjelang bulan Julai ini, alamatnya takkan siap kerana banyak perlu dibuat oleh HANYA SEORANG pereka grafik! SAYALAH ORANGNYA!! Tolonglah jangan kata 'saya hanya mahu lihat itu dan ini berfungsi' kerana saya letih mendengarnya! Tolonglah jangan tuding jari pada sesiapa dengan mengatakan 'orang itu salah, orang ini betul' kerana semua orang betul mengikut pengalamannya dan kepakarannya masing-masing.

Alahai...takde keje kosong ker kat sini?

Pegawai Polis Mexico Dipecat Selepas Dilaporkan Mencari Perlindungan di Amerika.


Lagi mengecewakan, bila terus diberitahu kerja-kerja grafik tidak pernah dihargai sebaliknya orang hanya mahu melihat courseware itu berfungsi! So what?? Penat jer la melukis!! Kalau begitulah hakikatnya, mengapa bersusah payah untuk membuat projek multimedia?! Kenapa tidak guna Powerpoint sahaja? Bukankah itu lebih mudah?! Bukankah dalam semua komputer di universiti sudah disediakan?!

Kalau ada yang lebih baik daripada saya dalam menyiapkan kerja ini, kenapa tidak dilantik sahaja daripada awal?! Sebagaimana didakwa, mereka juga ada pelajar yang mampu menghasilkan yang lebih cantik daripada hasil tangan saya. Kenapa saya yang bukan pelajar masih dilantik? Kenapa buang masa melantik saya?! Dia sendiri mengaku ada idea untuk hasilkan produk IT tetapi tiada kepakaran dalam bidang IT sebab bukan bidangnya, jadi untuk apa bersusah payah untuk membuat projek IT ini? Dia tak faham!!! What is the point?! Baik cari idea lain. Buat apa menyusahkan orang..

Justeru, pada 11.4.2011 pada mesyuarat pagi berkenaan saya telah menyatakan keputusan menarik diri daripada kumpulan projek ini. Alasan saya (tidak diberitahu ketika mesyuarat) ialah pihak ketua projek dan ahli kumpulan tidak menghargai penat lelah dan pengalaman yang saya telah ada selaku pereka grafik, pengurusan kumpulan tidak cekap dan tidak sistematik, tidak tahu dengan jelas apa yang seharusnya didahulukan dan dikemudiankan serta bersifat berat sebelah semata-mata untuk merealisasikan projek yang bukan berada di bidangnya.


p/s: Berita diselitkan sebagai selingan :-)

3 comments:

Wuucin said...

Org ganu ke nie? ;D

kyle said...

kesian bro, susah penat sorg, tapi tak dihargai, lol......dh folo mg :)

THE GREEN said...

wuuchin: hahaha..sama la...

kyle: sob..sob... :-(