MY FOLLOWERS

Wednesday, April 27, 2011

Artikel - Bagaimana Wajah Karakter Street Fighter di Dunia Sebenar?

Credits to: singgit.com
Gambar ihsan: singgit.com


Assalamualaikum...

Jika karakter dari permainan video diadaptasi ke bentuk realiti, pasti kelihatan lebih bagus. Bukan setakat ditukar ke filem dengan pelakon sebenar, malah jika dibuat dalam bentuk digital juga sudah dikira bagus kerana nampak seperti bentuk sebenar. Sebelum ini, saya juga ada menulis entri berkenaan karakter Lara Croft dengan wajah baru keluaran Square-Enix.

Di sini saya siarkan gambar beberapa karakter Street Fighter dalam bentuk lukisan digital.











Street Fighter adalah siri permainan video keluaran Capcom.

KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Hiburan - Siapakah Mereka Sebelum Membintangi Filem 'Sucker Punch'?

Credits to: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies


Assalamualaikum...

Mereka adalah di antara bintang baru di Hollywood. Sebelum ini, nama mereka tidaklah begitu dikenali sebagaimana para pelakon Hollywood yang lain. Walaubagaimanapun, mereka sebenarnya telah melibatkan diri dalam bidang lakonan sama ada filem mahupun drama di tv lebih lama daripada yang dijangka.


Siapakah mereka ini?

Emily Browning



Aktres Australia dan model fesyen sebelum ini dikenali menerusi watak Violet Baudelaire dalam filem Lemony Snicket's A Series of Unfortunate Events, yang turut dijayakan oleh Jim Carrey (Count Olaf), Liam Aiken, Billy Connolly dan Meryl Streep. Pernah memenangi AFI Young Actress Award pada 2002. Filem ini pernah beberapa kali ditayangkan di TV2.

Antara filem lain lakonannya - Ghost Ship, Darkness Falls, dan The Uninvited.


Vanessa Hudgens



Dikenali menerusi watak Gabriela Montez dalam siri filem High School Musical. Penyanyi dan pelakon (tidak perlu ulasan lanjut). Antara filem lain lakonannya - Still Standing, Drake & Josh, Thunderbirds (bersama Bill Paxton) dan Beastly (bersama Alex Pettyfer).


Jamie Chung



Aktres berdarah campuran Korea-Amerika ini dikenali menerusi rancangan realiti tv The Real World: San Diego. Turut terlibat dalam drama bersiri seperti Veronica Mars, Greek, ER, CSI: NY serta satu drama bersiri pendek, Samurai Girl. Siri ini pernah ditayangkan di TV2 sebelum ini.

Antara filem lakonannya - I Now Pronounce You Chuck & Larry, Grown Ups, Dragonball Evolution, The Hangover Part II.

Selain itu, Jamie juga melibatkan diri dengan memegang watak Takara untuk permainan video Command & Conquer Red Alert 3: Uprising.


Abbie Cornish



Amat dikenali di Australia menerusi banyak filem dan drama tv. Abbie pernah memenangi anugerah menerusi watak utama yang disandangnya menerusi drama bersiri Somersault. Mengikut jejak langkah beberapa lagi pelakon lain kelahiran Australia ke Hollywood seperti Hugh Jackman dan Health Ledger.

Tidak banyak dapat diulaskan mengenai pelakon ini. Antara filem lakonannya sebelum ini - Elizabeth: The Golden Age, Legend of the Guardian: The Owls of Ga'Hoole (suara), dan yang terbaru Limitless.


Jena Malony



Jena Malone dilahirkan di Sparks, Nevada dan telah menetap di 27 lokasi ketika berusia 9 tahun termasuk di Lake Tahoe, California. Dibesarkan oleh ibunya, Deborah. Mula tertarik untuk menyertai bidang lakonan selepas menyaksikan persembahan ibunya yang terlibat dalam teater komuniti. Malone menamatkan sekolah menengahnya selepas mengambil GED (General Education Program). 

Sebelum ini, dia telah berlakon dalam filem seperti Contact (bersama Jodie Foster), Donnie Darko, Saved!, Stepmom, Into the Wild.


Carla Gugino



Pelakon ini sudah lama berada dalam barisan pelakon Hollywood seawal tahun 1988 lagi dan telah banyak melibatkan diri dalam filem mahupun drama tv. Antaranya Who's the Boss?, Doogie Howser M.D., The Wonder Years, Chicago Hope, Entourage, Snake Eyes, Spy Kids (1, 2, 3), Sin City, Watchmen, The Unborn, Race to Witch Mountain, Night at the Museum, American Gangster dan yang terbaru - Faster.


Pastinya dengan penayangan filem hebat sebegini akan membantu melonjakkan nama mereka sebaris bintang filem Hollywood yang lain suatu hari nanti. Dengan kata lain, filem Sucker Punch ini bakal menjadi titik tolak kerjaya mereka ke arah yang lebih cemerlang. (Ye ker?) Siapa tahu...


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Monday, April 25, 2011

Sekadar Luahan - Melepasi Angka 10,000!!!

Credits to: Semua
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum...


Bilangan pengunjung ke blog ini telah melepasi angka 10,000! Bahang kegembiraan masih dirasai! Hanya yang menarik disajikan buat tatapan dan bacaan anda.

Teruskan berkunjung dan memberi sokongan anda kepada blog My Light Saber!

Sekadar Luahan - Bila Si Cantik Jadi Follower :-D

Credits to: Saya Faiz, Ayeem Ayam
Gambar ihsan: Blog Saya Faiz, Ayeem Ayam, Nurul Badiah, Nadia Amalina


Assalamualaikum...

Bagi penulis blog di kalangan lelaki, apakah perasaan anda jika blog anda diikuti oleh penulis blog yang cantik atau cun? Suka? Atau sangat-sangat-..........-sangat gembira? Jika boleh diukur, di manakah letaknya tahap kegembiraan atau keSUKAan anda itu dalam skala 1 (paling tidak suka) hingga 10 (suka giler)?

Saya terfikir untuk menulis entri ini sesudah membaca paparan di blog ini beberapa hari yang lalu dan sebentar tadi.


Terus terang, saya bukanlah pengikut blog ini (saya tiada dalam senarai pengikutnya) tetapi sekadar melayari blog berkenaan sewaktu blogwalking melalui blog Saya Faiz. Beberapa entri yang dipaparkan agak menarik minat saya membuatkan saya 'melekat' agak lama sebelum sampai kepada entri yang membariskan blogger wanita cantik, yang dipaparkan menerusi 2 entri. Anda boleh layarinya DI SINI dan DI SINI.


Setiap kali melayari sesebuah blog milik siapa pun, saya suka untuk membaca tulisannya sebagai mencari maklumat-maklumat berguna sebagai menambah pengetahuan sebelum meninggalkan komen. 

Saya akui keperluan sesebuah blog untuk memiliki pengikut, namun tidaklah terlalu mengharap sesiapa untuk menjadi pengikut (follower) kerana matlamat saya menulis di blog adalah sekadar menyampaikan pengetahuan yang berguna serta menyampaikan apa sahaja cerita yang mungkin boleh dijadikan panduan dalam hidup. Bagi saya, jika ada yang singgah di blog dan meninggalkan komen yang bernas sudah cukup menggembirakan. Jika ada yang menjadi pengikut, saya tiada masalah. Ia terpulang kepada individu.

Di awal pembabitan saya dalam menulis blog, inilah si cantik yang pertama (mungkin terawal) menjadi pengikut.


Sedikit bukti (siapa akan percaya kalau tiada bukti??) Klik gambar di bawah untuk pembesaran.


Semalam, saya dapati salah seorang lagi dalam senarai si cantik di blog ini memasuki senarai pengikut di blog saya :-)



Di kesempatan ini, saya sebenarnya ingin turut menyatakan penghargaan dan terima kasih buat semua yang mengikuti blog ini sama ada sebagai pengikut mahupun silent readers. Saya pun sebenarnya masih banyak yang perlu dipelajari mengenai dunia blog ini. Segala komen anda yang baik dan bernas sentiasa dialu-alukan.


Tahap keSUKAan: 9.885789856625.....  (hehehehehehe....) 

Anda???

Sekadar Luahan - Mimpi Agak Seram...

Credits to: -
Gambar ihsan:Yahoo Images


Assalamualaikum....


Saya jarang alami mimpi atau gangguan sewaktu tidur pada hari-hari biasa. 2 hari yang lalu, saya ada bermimpi melihat seorang lelaki berjalan di dalam kawasan kompleks membeli-belah berseorangan pada waktu malam. (Bukan saya menjadi karakter dalam mimpi ini tetapi saya hanya melihatnya melalui pandangan lain.) Tiada pengunjung pada waktu itu, malah tiada kelibat pengawal keselamatan. Usianya dalam lingkungan 40-50an berpakaian kemas seperti eksekutif atau formal, memakai kot lengkap beserta beg bimbit (briefcase) dan berjalan berseorangan. Kedai-kedai semuanya sudah ditutup, hanya lampu-lampu di kaki lima terpasang di sepanjang laluan utama.

Banyak kedai pakaian yang mempunyai patung yang mempamerkan rekaan fesyen terbaru dalam ruangan pameran kaca terdapat di tingkat atas. Lelaki ini kemudiannya berjalan melintasi satu laluan yang terdapat kedai pakaian di kiri dan kanannya. Seketika kemudian, dia menghentikan langkahnya dan berpaling ke belakang. Terasa seperti ada yang mengekori. Dia terkejut! Salah satu patung yang sepatutnya berada di ruang pameran, ada di kaki lima di belakangnya!


Dia berpaling semula ke depan dan dengan beraninya berpaling semula ke belakang. Lengang. Tiada apa pun di kaki lima kecuali dia seorang. Tiada sebarang bunyi sekalipun bunyi angin. Patung-patung pameran masih berada di ruangan pameran kaca seperti sediakala seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia semakin berdebar. Tanpa menoleh, dia meneruskan perjalanannya. Sampai di satu bahagian lain, dia berhenti. Kali ini dilihatnya lebih banyak patung pameran berada di kaki lima di luar ruang pameran kaca. Patung-patung itu seperti mengelilinginya, berganjak ke hadapan sedikit demi sedikit. Dia jatuh terduduk. Takut. Menggigil. Berpeluh-peluh. Nafas tercungap-cungap dan hampir menjerit tetapi tiada suara yang keluar kecuali suara dengusan nafas disebabkan takut.

Dia menggagahkan dirinya dan bangun lari lintang pukang cuba keluar dari bangunan kompleks beli-belah itu. Selang beberapa langkah, kedengaran suara azan dilaungkan. Patung-patung itu tidak pula mengejarnya tetapi itu sudah cukup buatkan dia takut separuh mati. Dia teruskan juga lariannya. Sampai sahaja di luar, barulah terasa lega. Dia tidak masuk lagi ke dalam kompleks berkenaan sehingga habis azan. Dari luar, dia cuba melihat kembali keadaan di dalam kompleks berkenaan. Tiada apa yang berlaku! Semua patung pameran berkenaan masih di tempatnya!

Masih dalam mimpi, kedengaran laungan azan kali kedua.

Saya terjaga ....Nauzubillah...

Sunday, April 24, 2011

Paranormal - Kenduri di Menara Celcom Jam 2 Pagi

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Ada satu kisah yang menarik. Pada suatu malam (hari dan tahun tidak dinyatakan), seorang juruteknik Celcom bersama seorang lagi kawannya pergi ke salah satu tapak (site) menara berdekatan kawasan Segambut untuk up semula sistemnya supaya kembali beroperasi secara normal. 

Semasa mereka sampai, mereka nampak ramai orang berkumpul seolah-olah sedang berlangsungnya pesta di kawasan menara di situ. Keadaan kawasan di situ terang-benderang padahal tiada orang yang menghuni di kawasan itu. Mahu atau tidak, mereka berdua terpaksa pulang awal sebab timbul rasa seram sejuk dan rasa yang kurang senang. Mereka terfikir itu mungkin orang bunian sebab mana ada orang yang melangsungkan kenduri berdekatan menara pada jam 2 pagi!

Paranormal - Gara-gara Lapar

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...


Teringat pula pada cerita seorang pendengar Era.fm yang menelefon pada suatu pagi yang bercerita mengenai makhluk halus. 

Kisahnya, dia bersama keluarganya dalam perjalanan ke Kuantan. Dalam perjalanan, mereka berasa lapar lalu berhenti di sebuah kedai makan, di suatu tempat di Pahang. Memang ramai pengunjung yang datang makan di tempat itu, tetapi yang anehnya tiada pula sebarang kenderaan selain daripada kereta mereka sekeluarga sahaja. Disebabkan rasa lapar yang amat sangat, mereka pun menghabiskan makanan mereka. Selepas itu, mereka sekeluarga pun meneruskan perjalanan ke Kuantan. 

Tiba-tiba dia teringatkan telefon bimbitnya yang tertinggal di kedai makan tadi dan terus berpatah balik. Sampai sahaja di kawasan kedai makan tadi, tiada apa-apa pun di situ kecuali gelap malam dan dia ternampak telefon bimbitnya di atas tunggul kayu. Dia pun segera mengambil telefon bimbit itu dan terus ke Kuantan. Mereka sekeluarga kemudiannya demam seminggu!

Paranormal - Pengalaman Berjumpa Dengan Orang Bunian

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Saya ada pengalaman berhubung dengan orang bunian. Saya pernah didatangi, bercakap malah berhubung dengan mereka. Peristiwa itu berlaku beberapa tahun yang lalu tetapi pengalaman tersebut masih segar dalam ingatan dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Sebelum peristiwa ini berlaku, saya langsung tidak pernah terfikir yng benda-benda sebegini memang wujud. Maksudnya, ia berlaku sepertimana yang saya alami. Saya cuma percaya yang makhluk ghaib dan alamnya memang wujud sesuai dengan kepercayaan agama kita (Islam) kerana mempercayai akan kewujudan perkara ghaib merupakan sebahagian daripada iman. Perkara-perkara ghaib termasuklah syurga, neraka, iblis, malaikat serta jin.


Hampir beberapa tahun lepas, saya berkenalan dengan sebuah keluarga 'bangsawan' daripada keturunan bunian. Saya pernah bercakap dengan sultan, permaisuri, puteri, panglima dan puteranya dan seorang ustaz daripada golongan mereka. Setiap daripada mereka juga memiliki nama. Suatu hari, saya dan tiga orang bersama dengan pembantu-pembantunya cuba untuk berkomunikasi dengan orang bunian ini secara baik. Jadi, kami bertanyakan nama mereka. Oleh kerana kurang jelas dan takut tersalah menyebutnya, kami meminta mereka menuliskan nama mereka pada sehelai kertas. Puteri buaian itu pun menulisnya dengan tulisan jawi, tetapi malangnya tidak seorang pun daripada kami yang boleh membaca tulisannya kerana tidak tahu tulisan itu dari abad ke berapa!

Yang saya ingat, salah seorang daripada kami yang menyimpan tulisan itu. Kami berebut sebab masing-masing mahu menyimpannya. Saya sendiri pun lupa siapa yang terakhir mengambilnya. Jika saya mendapatnya, pasti saya sudah bawa ke muzium untuk membuat pengesahan tulisan tersebut dari zaman mana datangnya. Silap saya juga kerana tidak mengambilnya dan membuat salinan. Kerajaan bunian diketuai oleh seorang Sultan yang bergelar Sultan Raini Mohd Zain. Kami juga pernah berkomunikasi dengan mereka.

Sebenarnya saya telah berpindah tugas di satu tempat kerja baru. Kawasannya agak baru diterokai dan dibuat pembangunan. Akibat saya 'terkena' dengan bunian ini, saya cuba bertanya pada orang-orang setempat mengenai cerita sebenar mengenai kawasan berkenaan. Menerusi siasatan yang saya jalankan dan menurut orang-orang tua Melayu di kampung itu, kawasan tapak bangunan tempat tinggal dan pejabat kami sebenarnya merupakan kawasan kediaman bunian. Seorang tua yang saya temui dan bertanya asal-usul tempat ini adalah tuan empunya tanah asal yang dibangunkan dan dijadikan pejabat serta kediaman kami.

Yang misterinya, sebelum saya bertandang ke rumahnya untuk mendapatkan cerita daripadanya, dia sudah tahu awal-awal mengenai kedatangan saya. Menurut orang tua ini, ada orang bunian sudah memberitahunya yang seorang lelaki akan datang berjumpa dengannya pada petang nanti.



Saya agak bimbang sebenarnya. Takut-takut mereka tahu dan tidak suka hal mereka diceritakan pada orang lain. Sebab itu saya ceritakan serba sedikit. Sememangnya mereka pernah beritahu yang mereka tidak suka hal mereka diheboh-hebohkan.

Menurut orang tua itu lagi, tempat tinggal kami dan kawasan sekitar bangunan kami merupakan kawasan kediaman orang-orang bunian. Orang tua ini pernah berkebun dan bersawah berdekatan dengan kawasan ini. Sewaktu di usia mudanya, dia dapat mengerjakan sawah dan kebun yang sangat luas dengan pertolongan daripada orang-orang bunian. Kiranya, dia juga berkawan dengan makhluk halus ini.

Dahulunya, berdekatan sungai tidak jauh dari situ memang akan kedengaran bunyi riuh rendah ketika subuh dan senja, umpama ada orang pergi dan balik dari kebun lagaknya. Ketika senja dan sebelum masuk waktu maghrib, boleh dilihat bayang-bayang orang berjubah dan bertelekung sembahyang berderet-deret berjalan menuju ke surau di kampung mereka. Yang peliknya, semakin hampir mereka dengan surau, mereka semakin tidak dapat dilihat.

Mereka juga biasa ditumpangi oleh orang-orang halus ini kalau menyeberangi sungai dan memang akan terasa yang mereka tumpang perahu. Katanya, kalau tidak dibawa, maka akan berkayuhlah berjam-jam lamanya dan perahu tidak akan berganjak. Ceritanya lagi, kalau menyelam pada masa dulu, dia akan menyelam di sungai dari muara sampailah ke tanjung (ke laut). Entah berapa jauh dia menyelam dan dibawa oleh orang halus ini.



Menurutnya, itu merupakan perjanjian antara orang-orang tua yang mula datang pada masa dahulu. Menurut empunya cerita lagi, pada masa dahulu, datuk nenek mereka ada membuat perjanjian dengan orang halus ini. Orang halus ini akan diberikan tempat apabila datang. Kiranya akan diberikan sempadan dan hidup bersama-sama orang kampungserta dikira tidak mengganggu, sekadar menumpang hidup berjiran di kawasan hutan bersebelahan kampung mereka. Bertolak ansur juga orang kampung dengan makhluk halus ini. 

Sewaktu bulan purnama, boleh dilihat seperti ada taman permainan di hutan berkenaan (kawasan sekarang yang sudah dibangunkan) dan akan nampaklah gadis-gadis bunian berambut panjang di taman itu sedang bermain buaian. Seperkara lagi, orang bunian itu juga pernah menumpang kereta. Kiranya orang yang menumpangkan itu tidak boleh menolak permintaan mereka. Jika tidak, alamatnya akan adalah masalah menimpa kereta berkenaan - beratlah, rosaklah, dan bermacam lagi.

Itulah kisah temuramah saya dengan tuan empunya tanah asal tempat yang dibangunkan dan dijadikan pejabat serta kediaman kami ini. Cerita yang disampaikan ketika temuramah ini adalah benar berdasarkan apa yang saya alami daripada pengalaman saya berbicara dengan makhluk halus ini.


Nota:
Saya dalam kisah di atas adalah penulis asal kisah ini. Penulis blog ini sekadar menyampaikan apa yang ditulis oleh penulis berkenaan.

Wallahualam.

Wednesday, April 20, 2011

Artikel - NATGEO Weekly Wrapper

Credits to: National Geographic
Gambar ihsan: National Geographic


Assalamualaikum...
Lagi gambar menarik dari National Geographic Weekly Wrapper.











Untuk ke pautan berkaitan, anda boleh klik DI SINI dan DI SINI.

Hidupan Liar - Haiwan Lutsinar

Gambar ihsan: Mother Nature Network


Assalamualaikum...

Haiwan lutsinar ialah haiwan yang memiliki kulit seakan-akan gelas kaca dan cahaya boleh menembusinya. Haiwan jenis ini biasanya dijumpai di kawasan agak tersorok dalam jumlah yang banyak dalam ekosistem seluruh dunia.

 Ikan barreleye

 Crocodile icefish

 Sotong kaca

 Katak kaca

 Sotong kurita kaca

 Rama-rama sayap kaca

 Obor-obor

 Obor-obor

 Salpas

 Kumbang bercengkerang kura-kura

Udang hantu

Timun laut lutsinar


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.