MY FOLLOWERS

Wednesday, December 10, 2014

Jalan-jalan Cari Makan - Membuat Kuih Cara Manis

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Yahoo Entertainment


Assalamualaikum....

Nyammm nyaammm...   :-)

Pasti ramai anda di luar sana yang suka makan kuih cara manis bukan, tetapi kadang-kala ia susah dicari dan mahu membuat tidak tahu.





Oleh itu kali ini kami ingin berkongsi dengan anda mengenai resipi dan cara membuat kuih cara manis ini yang dipetik dari Wanista.

Bahan-bahan
2 Cawan Tepung Gandum
1/2 Cawan Air Daun Pandan – ( kisar 2 daun pandan bersama air)
1 Biji Telur
1 Cawan Santan Pekat
Secubit garam
Gula Untuk Bahagian Inti- (anggaran setengah sudu teh untuk setiap biji kuih)


Cara membuatnya
  1. Masukkan tepung, air daun pandan, santan, telur dan garam ke dalam sebuah bekas.
  2. Kacau dan gaul rata semua bahan tersebut.
  3. Untuk mengelakkan adunan daripada berketul dan lebih sebati, masukkan dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati.
  4. Masak menggunakan api sederhana kecil. Tunggu sekitar 30-40 saat (sehingga nampak kuih sedikit keras dan terbentuk) kemudian masukkan gula di bahagian tengah kuih.
  5. Bakar sehingga kuih tidak melekat dan boleh dikeluarkan dan dianggkat daripada acuan.
  6. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: