MY FOLLOWERS

Tuesday, December 16, 2014

Hiburan - The Walking Dead

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



The Walking Dead ialah sebuah siri drama paska malapetaka berunsur seram yang dikembangkan oleh Frank Darabont. Siri ini adalah adaptasi komik dengan tajuk yang sama oleh Robert Kirkman, Tony Moore, dan Charlie Adlard. Mengisahkan seorang pemangku sherif  Rick Grimes, yang bangun daripada koma pada waktu paska malapetaka dan mendapati dunia didiaminya kini diserang oleh makhluk zombi. Dia bangun meneruskan perjalanan bagi mencari semula keluarganya dan menemui beberapa lagi manusia lain yang senasib dengannya. 

Memulakan siarannya di saluran AMC di Amerika Syarikat dan pada peringkat antarabangsa pada minggu pertama bulan November 2010 di saluran Fox International Channels. Disebabkan mendapat penerimaan yang baik daripada penonton, siri ini diteruskan siarannya dan pada bulan Oktober 2014, AMC telah memperbaharui siri ini untuk musim yang ke-6. Selain diterima dengan baik oleh penonton, siri ini juga telah mendapat banyak anugerah seperti Writers Guild of America Award dan Golden Globe Award for Best Television Series/Drama.

Berdasarkan komiknya, siri The Walking Dead memaparkan kisah sekumpulan manusia yang terus berjuang untuk terus hidup dalam suasana selepas malapetaka zombi. Musim pertama mengambil tempat di kawasan metropolitan Atlanta, manakala musim kedua hingga ke-4 mengambil tempat di kawasan desa sebelah utara Georgia, dengan segolongan manusia mencari perlindungan jauh daripada zombi pemangsa yang dikenali sama ada "walkers" atau "biters" yang memakan apa sahaja dan sesiapa sahaja yang ditangkap dengan gigitan yang cepat memberi kesan ke atas mangsa. Musim pertama memaparkan usaha mereka yang hidup berdepan cabaran serangan zombi, kehilangan dan yang masih hidup. Kumpulan ini diketuai oleh pemangku sherif sebelum serangan zombi.


Pelakon Andrew Lincoln, Jon Bernthal, Sarah Wayne Callies (Prison Break), Laurie Holden, Danai Gurira, Michael Rooker, Sonequa Martin-Green, dan Lawrence Gilliard, Jr.



Sumber penuh zombieee: SINI  |  SINI   |   



No comments: