MY FOLLOWERS

Tuesday, December 16, 2014

Hiburan - Covert Affairs

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Covert Affairs ialah siri drama tv keluaran Amerika Syarikat menampilkan Piper Perabo dan Christopher Gorham sebagai teraju utama . Memulakan siarannya pada bulan Julai 2010. Siri ini bersiaran dengan 16 episod pada setiap musim. USA Network memperbaharui siri Covert Affairs dengan 16 episod baru untuk musim ke-5 yang memulakan siaran pada bulan Jun 2014.

Seorang pelatih CIA, Annie Walker, dihantar untuk bertugas di Bahagian Perlindungan Domestik (DPD) di CIA sebagai ejen lapangan. Pegawai teknikal, August "Auggie" Anderson, bertindak sebagai pemandu arahnya sewaktu bertugas. Pada permulaannya, Annie menutup cerita dengan bekerja sebagai petugas di Muzium Smithsonian namun melepaskannya bagi membolehkannya bergerak dengan penyamaran baru sebagai pengimport dan pengeksport bercitarasa tinggi. Tugasnya banyak melibatkan kes berkaitan urusniaga yang kebanyakannya tidak sah di sisi undang-undang.

Memaparkan lakonan Piper Perabo (Coyote Ugly, Cheaper by the Dozen, Looper), Christopher Gorham (Jake 2.0, Medical Investigation), Kari Matchett, Anne Dudek, Sendhil Ramamurthy (Heroes), Peter Gallagher (Mr. Deeds), Hill Harper, dan Nic Bishop.


Sumber cover-cover: SINI  |  SINI   |  


No comments: