MY FOLLOWERS

Tuesday, December 16, 2014

Kesihatan - Gigi Bongsu

Kredit kepada: Laman My Health
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....






Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.

Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
  • Kesakitan
  • Jangkitan
  • Kebengkakan
  • Penyakit gusi
  • Nafas berbau
  • Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
  • Kesukaran membuka mulut

Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
  • Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Kebengkakan muka
  • Kesukaran untuk menelan
  • Kesukaran membuka mulut
  • Demam

Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin. Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
  • Makan ubat penahan sakit.
  • Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
  • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
  • Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.


Rawatan oleh doktor pergigianRawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
  • Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
  • Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).

Jika gigi bongsu tidak terimpak:
Gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).

Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang:
Gigi perlu dicabut melalui pembedahan. X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.



Oleh:
Dr. Chew Yoke Yuen
Dr. Norrizan bt. Basir
Dr. Doreyat b. Jemun
Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar

 
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

No comments: