MY FOLLOWERS

Wednesday, December 10, 2014

Jalan-jalan Cari Makan - Kuah Yong Tau Foo

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....







RESEPI KUAH YONG TAU FOO
KUAH HITAM
● 2 sudu makan taucu
● 2 sudu makan tepung jagung
● 2
sudu makan tepung gandum
● 3
sudu makan kicap pekat
● 3
sudu makan sos tiram
● 4-5
sudu makan gula
● 3 cawan air
 

Caranya: Masukan semua bahan dalam pengisar (blender), kisar bagi halus dan masak bagi mendidih sekejap.


KUAH MERAH
● 1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng
● 1 sudu makan tepung gandum
● 1 sudu makan tepung jagung
● 4- 5 sudu makan gula
● 3 cawan air
● 1/4 sudu makan garam

Kisar semua bahan sampai halus..
● 3 sudu makan cili kisar

Cara-caranya:
  1. Panaskan sikit minyak, tumis 2 biji bawang putih ketuk, letak 3 sudu makan cili kisar dan tunggu sampai kering. Masukan semua bahan dalam pengisar tadi. Masak sekejap untuk jadikan kuah agak pekat dalam 5 minit.
  2. Setelah siap bolehlah dimakan dengan pelbagai bebola, sosej, dan macam-macam lagi seumpamanya dan boleh dimakan bersama keluarga.

Selamat mencuba!

No comments: