MY FOLLOWERS

Tuesday, December 16, 2014

Berita - Kerajaan Rugi RM79 billion Daripada Kemalangan Jalan Raya

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM79 billion daripada 65,850 kemalangan jalan raya dari 2004 hingga 2013. Kerugian berkenaan disebabkan oleh keluarga mangsa mendapat pelbagai insentif dan kemudahan daripada kerajaan termasuk kesihatan, pendidikan dan kewangan. 

Tahun lalu, sebanyak 6,915 kemalangan dicatatkan dengan kerugian berjumlah RM8.3 billion. Berdasarkan statistik tahun lalu, 19 orang maut setiap hari dan indeks mencatatkan bacaan 2.90 bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar tahun lalu. Beliau menyatakan hal ini ketika satu sidang media selepas perasmian program peringkat kebangsaan bagi The World Day Of Remembrance for Road Traffic Victims, di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Bagi indeks kematian akibat kemalangan jalan raya di negara membangun, Abdul Aziz berkata indeks mencatat 2.0 bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar di United Kingdom, Sweden dan Australia. 

Malaysia menerusi polis dan pelbagai agensi lagi berjaya menurunkan indeks dari 4.51 pada 2004 kepada 2.90 pada 2013 walaupun bilangan kenderaan baru yang berdaftar telah bertambah. Dalam hal ini kerajaan memerlukan kerjasama daripada pelbagai jabatan kerajaan dan agensi, pengeluar kenderaan, sektor awam dan masyarakat umumnya bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sehingga 50% menjelang 2020 menerusi Pelan Keselamatan Jala Raya 2014-2020.

- Bernama, 16.11.2014


KLIK SINI untuk artikel penuh.


No comments: