MY FOLLOWERS

Thursday, December 4, 2014

Hiburan - Elementary

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....
Elementary ialah satu siri drama siasatan jenayah yang mengetengahkan ciri kontemporari bagi watak Sherlock Holmes ciptaan Sir Arthur Conan Doyle. Siri ini ciptaan Robert Doherty mengambil tempat pada zaman moden di bandaraya New York. Merupakan adaptasi versi moden bagi watak Sherlock Holmes dan John Watson.

Berkisarkan Holmes, bekas penagih yang sudah pulih dan bekas perunding polis Scotland Yard, yang membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes jenayah. Kaedah siasatannya yang berbeza dengan prosedur polis seringkali menyebabkan percanggahan dengan Kapten Thomas Gregson (Aidan Quinn), walaupun kedua-dua pihak saling menghormati. Holmes dibantu oleh Joan Watson (Lucy Liu) yang merupakan bekas doktor bedah yang dilantik oleh bapa Holmes. Bukan setakat membantunya dalam pemulihannya, tetapi kemudian menjadi perantisnya. Siri ini juga memaparkan konfliknya dengan seterunya Jamie Moriarty (Natalie Dormer). Mereka juga dibantu oleh Detektif Marcus Bell dan Mycroft Holmes (Rhys Ifans), abangnya yang mengharapkan Sherlock pulang ke England.

Siri ini juga mendapat pujian mengkritik dari segi persembahan, penulisan dan pendekatan novel kepada bahan rujukan yang digunakan untuk siri ini. CBS telah memperbaharui siri ini untuk musim ke-3 pada bulan Mac 2014.

Mengisahkan Sherlock Holmes yang dalam proses pemulihan dan ditempatkan di Manhattan, atas desakan daripada bapanya untuk tinggal bersama pembantunya, Dr. Joan Watson. Merupakan bekas doktor bedah yang meninggalkan kerjayanya disebabkan kematian seorang pesakit, Watson melihat peluang kedua yang dalam kerjaya barunya itu sebagai peluang untuk membantu orang ramai. Walaubagaimanapun, Sherlock berbeza daripada pesakitnya sebelum ini. Sherlock menyatakan tiada satu pun kepakaran Watson sebagai pakar boleh digunakan ke atasnya. Sebaliknya dia meneruskan kerjayanya sebagai perunding kepada polis di New York. Watson tiada pilihan selain membantunya dalam siasatan. Masa berlalu dan Sherlock mendapati latar belakang perubatan Watson juga membantunya selain mengetahui cara melakukan siasatan. Kapten Thomas Gregson, yang berpengalaman di Scotland Yard sebelum itu mengetahui kepakaran Sherlock mengalu-alukan kedatangannya dalam membantu pasukan polis membanteras jenayah. Pasukan ini juga terdiri daripada Detektif Marcus Bell, penyiasat dengan intuisi yang tajam dan kemahiran soal siasat yang baik.

Menampilkan barisan Jonny Lee Miller (Eli Stone), Lucy Liu (Lipstick Jungle), Aidan Quinn dan Jon Michael Hill.


Sumber detektif: SINI  |  SINI   |  


No comments: