MY FOLLOWERS

Thursday, December 4, 2014

Berita - Sekitar Pesta Konvo UMT 27-30.11.2014

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Pesta Konvo ini diadakan sempena Majlis Konvokesyen UMT pada 27-30.11.2014. Acara hari pertama dimulakan dengan Sukaneka pada sebelah petang dan Forum Perdana pada sebelah malam. Forum menampilkan Diana Amir dan Ustaz Yusri.


















Banyak gerai dibuka yang menjual barangan seperti makanan dan minuman, kosmetik, produk telekomunikasi, pakaian, perkhidmatan insurans dan pelaburan, makanan segera, serta jambangan bunga untuk graduan konvokesyen. Studio fotografi juga dibuka dengan menawarkan pakej fotografi di kanopi dalam kawasan kampus UMT serta di kawasan kedai di luar UMT untuk membolehkan para graduan mengambil gambar kenangan bersama keluarga. Ada juga gerai lain dibuka bagi mempromosikan khidmat latihan kepada pelajar mahupun syarikat korporat, serta mempamerkan kajian yang dijalankan.

Acara lain diadakan ialah pertandingan karaoke, konsert dikir barat bersama Man Khan, demonstrasi badan beruniform, pertandingan pakaian beragam dan mewarna bagi anak-anak staf UMT, serta persembahan daripada artis jemputan seperti Lan Krystal, Encik Mimpi, dan Isya Hanarose. Acara hari ketiga berakhir jam 9.00 malam.

No comments: