MY FOLLOWERS

Friday, November 7, 2014

Hiburan - The Following

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

 


The Following merupakan siri drama Amerika yang disiarkan di saluran Fox menceritakan tentang seorang bekas ejen FBI yang berusaha menangkap seorang pembunuh bersiri yang juga penulis buku bersama semua pengikut kultus pembunuhannya. Siri ini telah berlangsung selama 4 musim. Pada musim pertama, bertumpu kepada cubaan Ryan Hardy (Kevin Bacon) untuk menangkap semula pembunuh bersiri, Joe Carroll (James Purefoy) yang berjaya melepaskan diri dari penjara. Selepas beberapa siri siasatan, Ryan mendapati Joe dikelilingi oleh individu dan mereka yang taksub dengan tulisan dalam buku terbitannya yang pernah menemui Joe ketika dia mengajar atau dalam penjara. Mereka yang semuanya taksub dan terpengaruh mula menyertai Joe dalam kultus pembunuh yang fanatik. Penculikan anak Joe didalangi oleh pengikutnya sendiri merupakan langkah pertamanya untuk melepaskan diri daripada ditahan, cuba memalukan Ryan dan pasukannya dan bersama kembali dengan bekas isterinya Claire Matthews (Natalie Zea).

Musim kedua memaparkan kemunculan kultus lain diketuai Lily Gray (Connie Nielsen) dan anak kembarnya Mark dan Luke ketika kultus mereka mula berkembang dan berani membuat kenyataan umum untuk memaksa Joe keluar dari persembunyiannya sementara ramai yang menyangka dia sudah mati. Pegawai Weston direkrut kembali oleh Ejen Mendez dan pihak FBI diarahkan untuk mencari kultus baru ini. Sementara itu, Ryan dan anak buahnya Max membuat rancangan sendiri untuk menjejaki dan mencari Joe Carroll yang diketahui mereka masih hidup.

Dibintangi Kevin Bacon (Barbershop, A Few Good Men, X-Men First Class), James Purefoy (Camelot), Sam Underwood, Shawn Ashmore (X-Men), Jessica Stroup, Valorie Curry, Natalie Zea (Justified), dan Connie Nielsen


Sumber ikutan: SINI  |  SINI    |  



No comments: