MY FOLLOWERS

Sunday, November 9, 2014

Artikel - Hampir Mati Lepas Makan Ikan Beracun!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....
 


Sebuah keluarga dari Brazil berdepan keadaan kritikal selepas memakan satu daripada ikan buntal paling beracun. Bagaimanapun, mereka tidak berhati-hati dengan toksin ikan berkenaan yang 1200 kali lebih beracun daripada sianida. Seseorang boleh maut dalam tempoh 24 jam. 11 ahli keluarga itu terus jatuh sakit selepas menggigitnya kali pertama. Ahli keluarga itu terdiri daripada 4 orang anak bawah umur 6 tahun mula muntah-muntah disusuli hilang rasa pada muka, tangan dan kaki sebelum lumpuh. 

Christiane Souza, yang menjemput seluruh keluarga itu untuk makan asalnya menyangka itu sebagai ikan paling sedap. Suaminya yang makan ikan tersebut merupakan yang pertama memberitahu mula hilang rasa pada lidah, muka, tangan, kaki seterusnya tidak boleh bangun. Walaubagaimanapun, Christiane, nenek serta menantu mereka tidak makan ikan tersebut. Ikan buntal merupakan antara hidangan istimewa di Jepun dan tukang masak perlu melalui latihan selama 2 tahun sebelum boleh menghidangkannya kepada pelanggan. Namun hingga kini masih belum ada penawar kepada racun ikan ini yang boleh menyebabkan lumpuh dan lemas apabila mangsa memakannya.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.





No comments: