MY FOLLOWERS

Sunday, November 9, 2014

Berita - Sekitar Karnival SDSI di TTC 6-8.11.2014

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Karnival Belia Niaga dan Satu Daerah Satu Industri diadakan serentak pada 6-8.11.2014 di Terengganu Trade Center (TTC) melibatkan penyertaan daripada banyak syarikat dan organisasi kerajaan untuk memasarkan produk keluaran mereka kali ini.












Karnival anjuran YPU, MITI dan kerajaan negeri Terengganu ini diadakan di Galeri B disertai organisasi kerajaan dan syarikat dari Pahang, Kelantan dan Terengganu seperti MSAM Link Enterprise, Permata Al-Wahyu, Madu Lebah Acacia, Adina Batik, Perbadanan Memajukan Iktisas Negeri Terengganu (PMINT), Sisme Food Industries, Ketengah Rumpai Laut Enterprise, Pejabat Daerah dan Tanah Setiu, Koperasi Pemungut Madu Lebah Asli Terengganu Berhad (Kopemat), MSB Enterprise, Pejabat Daerah Marang, dan banyak lagi dengan menjual produk tempatan seperti batik, keropok, sate ikan, coklat, kuih-muih, produk kayu serta rotan. Bagi memeriahkan lagi acara karnival ini, pelbagai acara telah diatur kali ini antaranya tarian tradisional, dan persembahan nasyid. Karnival ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang hari ia berlangsung. 



No comments: