MY FOLLOWERS

Sunday, November 16, 2014

Artikel - Berjimat Untuk Tampung Sara Hidup

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

Berjimat, berbelanja dengan bijak atau buat pelaburan jangka panjang?

 



Bank Negara menasihatkan rakyat Malaysia supaya belajar menguruskan kewangan untuk berdepan kos sara hidup yang semakin meningkat. Pemangku gabenor Abu Hassan Alshari Yahaya berkata rakyat Malaysian tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menghadapi persaraan selain dibebani hutang yang tinggi.

"Isu sebegini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan pengguna tidak berdepan masalah hutang isi rumah yang melampau." katanya ketika melancarkan Prudent Spending Month 2014 campaign dengan tema “Financial Education For All”.

Berdasarkan statistik KWSP, pada hujung tahun 2013, sebanyak 69% pencarum KWSP berumur 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000.

"Jumlah ini hanya boleh bertahan selama 5 tahun jika mereka belanja RM800 sebulan dan ini sangat membimbangkan memandangkan kos sara hidup terus meningkat."

Turut hadir ialah presiden Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca),  Mohd Yusof Abdul Rahman. Katanya hutang isi rumah meningkat kepada 86.8% tahun lalu berbanding 80.5% pada 2012.  


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.




No comments: