MY FOLLOWERS

Thursday, November 20, 2014

Artikel - Termasuk Dalam Foto Iklan Hartanah Ketika Berjemur :-)

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Yahoo Entertainment

 

Assalamualaikum.....

Hati-hati bila nampak dron... hehehehe

 


Seorang nenek berusia 50 tahun dari Melbourne berang apabila sebuah foto memaparkannya sedang berjemur tanpa pakaian tanpa disengajakan telah dirakamkan bagi satu iklan hartanah. 

Mandy Lingard, seorang ibu anak tiga dan mempunyai seorang cucu, sedang berjemur berseorangan di laman belakang rumahnya apabila fotonya itu dirakam daripada lensa sebuah dron yang merakamkan fotografi dari udara hartanah kepunyaan jirannya di Mt Martha. Iklan tersebut dengan label 'Untuk Dijual' diletakkan di luar laman jirannya dan ia sangat memalukannya kerana memaparkannya berjemur sambil meniarap tanpa pakaian. Iklan berkenaan turut dipaparkan dalam majalah hartanah dan di internet. 

Pada mulanya, dia terdengar bunyi bising dan ternampak dron berkenaan terbang di sekeliling tetapi menyangka ia permainan budak-budak namun terkejut kerana selang beberapa minggu kemudian barulah sedar dron berkenaan turut merakam foto. Ejen hartanah berkata mereka tidak menyedari hal itu dan berjanji untuk memadamkan gambarnya daripada iklan itu. 



KLIK SINI untuk artikel penuh.



No comments: