MY FOLLOWERS

Thursday, November 20, 2014

Artikel - Kes Meletopp!!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....



Kes 1

Kematian seorang wanita hamil berusia 43 tahun dalam satu kemalangan jalan raya di Sibu pada Julai lalu membuka mata pihak Amerika Syarikat untuk menyiasat lebih mendalam mengenai beg udara keselamatan kereta yang rosak dan mencetuskan panggilan balik bagi aspek keselamatan penumpang yang paling besar dalam sejarah automotif. 

Wanita berkenaan yang memandu kereta Honda City ketika ia bertembung dengan kenderaan lain. Menurut polis, Law, memakai tali pinggang keledar cedera pada leher akibat serpihan besi berdiameter 2.5cm yang datang daripada beg udara keretanya yang pecah ketika pelanggaran. Laporan bedah siasat menyatakan dia maut akibat kecederaan teruk pada leher. Law dibawa menaiki ambulans namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala bayinya yang selamat lahir pula meninggal dunia 2 hari kemudian. 

Mengesahkan insiden berkenaan, pihak Honda Motor memanggil semula 170,000 kereta keluarannya untuk menggantikan beg udara keluaran Takata Corporation. Kes ini merupakan yang kelima melibatkan beg udara keluaran Takata Corporation dan yang pertama di luar Amerika Syarikat.


KLIK SINI untuk artikel penuh.


Kes 2

Futej kamera pengawasan dalam sebuah bas di China yang sempat merakamkan seorang wanita dengan bateri telefon bimbit yang tiba-tiba terbakar sebelum meletup dalam tangannya.
 

KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.



No comments: