MY FOLLOWERS

Thursday, November 20, 2014

Artikel - Penemuan Semula Sfinks Dari Filem "The Ten Commandments" Tahun 1923

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 

Assalamualaikum.....

 


Sebuah sfinks yang pernah digunakan dalam filem "The Ten Commandments" pada 1923 yang diperbuat daripada plaster, yang telah terkambus selama lebih 90 tahun dalam gumuk pasir di Guadalupe, California, telah ditemui semula. Orang ramai boleh melihat semula sfinks ini tahun depan selepas ia dibina semula akibat beberapa kerosakan semasa ia terkambus dalam pasir. Sfikns itu dengan ukuran 4.6m adalah salah satu yang disusun dalam laluan ke Bandar Firaun dalam filem berkenaan arahan Cecil B. DeMille. Filem itu kemudian dibikin semula pada 1956.

"Filem itu terbitan 1923 mempunyai set filem paling besar pernah dibuat kerana ketika itu tiada kesan khas. Apa sahaja yang mahu kelihatan besar perlu dibikin pada saiz besar." kata Jenzen kepada Live Science. Bangunan ke Bandar Firaun tinggi sekitar 12 tingkat dan panjang 219m.

Kru produksi asalnya membina bahagian sfinks ini di Los Angeles dan membawanya ke Guadalupe sejauh 266 km dan memasangnya sebagai patung berongga bersaiz besar. Mereka turut membina sfiks lain bagi watak hamba untuk membawanya ketika penggambaran. Selepas tamat penggambaran, kru produksi meletupkan set dan menanamnya dalam parit sebelum ditemui oleh Jenzen. Faktor cuaca menyebabkan sebahagian besarnya tertanam dalam gumuk dan di tempat yang sama ketika penggambaran dahulu.

Apa yang berlaku membantu kerja-kerja ekskavasi pada tahun 2012. Kerja ekskavasi yang pertama ialah pada 1990an dengan Dunes Center sebagai sebahagian daripada Nature Conservancy, mendapatkan ahli arkeologi untuk menggali semula tapak penggambaran yang terbiar. Mereka temui berdozen artifak kecil termasuk tin tembakau dan botol ubat batuk.

Pada 2012, Dunes Center menjemput sekumpulan ahli arkeologi untuk melihat semula tapak dan menemui kepala sfinks sebesar meja pool yang tertanam dalam gumuk. Ia kini dipamerkan di Dunes Center. Kini Applied EarthWorks kembali untuk menghabiskan projek berkenaan. Walaupun mereka telah menanam bahagian tubuh sfinks itu pada 2012 untuk melindunginya tetapi faktor angin membuatkannya kembali terdedah. Walaubagaimanapun ia turut membantu mereka menemui sfinks yang lain. Pasir yang memenuhi ruangan rongga sfinks dan pendedahannya kepada angin telah memudarkan warna merah dan kuning yang ada, menjadikan kerja ekskavasi lebih utama.

Peminat filem Hollywood lama boleh melihat sfinks ini yang dibina semula sepenuhnya menjelang 2015 termasuk juga beberapa kepala sfinks yang lain. Filem "The Ten Commandments" merupakan filem paling mahal dihasilkan ketika itu dan merupakan sebahagian daripada sejarah dalam bidang perfileman.


 
KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: