MY FOLLOWERS

Thursday, November 20, 2014

Berita - Udang Karang Komersial Pertama Dunia

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Sebuah fasiliti berteknologi tinggi di Tuaran menjadi yang pertama menetaskan udang karang komersial. Kejayaan Integrated Lobster Aquaculture Park (iLAP) Mini Commercial Hatchery menjadi penanda aras untuk negeri ini melangkah lebih maju dalam teknologi untuk menjadikan Malaysia semakin hampir kepada pasaran terbuka bagi udang karang bernilai US$4 billion (RM13.4 billion) setahun. 

Presiden dan CEO Lobster Aqua Technologies Sdn Bhd (LAT) Dr Shahridan Faiez berkata kejayaan ini menjadikan Malaysia sebagai negara dengan kemampuan penghasilan udang karang berterusan dengan kepakaran dalam industri. Udang karang ini ditetaskan dalam fasiliti disediakan dan akan dihantar ke sangkar laut di Taman Agrikultur Udang Karang Berintegrasi di Semporna dengan keluasan 10,000 hektar di Pulau Timbun Mata. 

Projek 15 tahun ini bernilai RM3 billion dijangka menjana 20,000 peluang pekerjaan pada 2028. Projek iLAP ini diuruskan oleh LAT, satu kerjasama antara Nanyang Nexus Sdn Bhd dengan Inno Fisheries Sdn Bhd., sebuah syarikat subsidiari Yayasan Sabah. Taman berkenaan mempunyai 3 pusat penetasan, dilengkapi infrastruktur, loji pemprosesan dan 9300 hektar ruang laut untuk penternak dan entiti pemasaran.



KLIK SINI untuk lebih udang :-)



No comments: