MY FOLLOWERS

Friday, August 22, 2014

Kesihatan - Jangan Syok Sangat Makan Mee Segera

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Sejauh mana sihatnya makanan dipanggil mee segera? Sejenis makanan yang banyak dimakan oleh golongan pelajar kolej, budak-budak asrama sekolah dan sebilangan yang dewasa dan sudah menjadi budaya hari ini. Di sebalik kesedapannya tidak kiralah ia dimasak rebus atau dimakan mentah seperti Mamee, mereka yang makan makanan ini berdepan risiko perubahan metabolik yang berkait dengan sakit jantung dan strok. 

Dalam satu kajian di Korea Selatan, wanita yang makan mee segera belum dimasak berdepan masalah sindrom metabolik yang memungkinkan mereka mengalami masalah tekanan darah tinggi atau peningkatan paras gula dalam darah selain risiko sakit jantung, strok dan kencing manis. Hyun Shin dan rakan seangkatannya di Universiti Baylor dan Harvard membuat analisa kesihatan dan diet untuk hampir 11,000 orang dewasa berumur antara 19 dan 64 tahun di Korea Selatan. Peserta dikaji dari aspek apa yang mereka makan dan pengkaji mengkategorikan mereka setiap diet mereka sama ada makanan sihat, makanan segera, juga merekodkan berapa kali mereka makan mee segera. 

Hasilnya, wanita yang makan mee segera 2 kali seminggu atau lebih mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sindrom metabolik daripada mereka yang kurang atau tidak ambil langsung. Kajian ini dijalankan di Korea Selatan, sebuah kawasan yang dikenali dengan pengambilan mee segera terbesar di dunia dengan jumlah 3.4 bilion pada 2010. 

Hasil penemuan ini juga boleh digunakan di Amerika Utara, kata Lisa Young, seorang pakar nutrisi dan profesor di Universiti New York. Menurutnya lagi, walaupun mereka tidak terlalu memakannya tetapi mee segera juga dijual di mana-mana. Mee segera tinggi dengan lemak, garam, kalori dan kaedah pemprosesannya yang menjadi faktor penyumbang kepada masalah kesihatan seperti yang sedia diketahui. Makanan yang diproses biasanya mengandungi sejumlah garam dan gula untuk memastikannya dapat tahan lebih lama. Walaubagaimana pun, untuk elak berdepan masalah kesihatan ini, orang ramai boleh memilih untuk tidak mengambilnya setiap hari, atau buat mee dan pasta sendiri, dan makan sayuran.




KLIK SINI untuk artikel penuh.




No comments: