MY FOLLOWERS

Monday, August 4, 2014

Hidupan Liar - Lancetfish, Ikan Bertaring

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 

Assalamualaikum.....




Pengunjung yang melawat Jennette's Pier di Nags Head, North Carolina, dikejutkan dengan satu penemuan ikan bertaring yang kelihatan menakutkan yang ditemui di pesisir pantai kawasan berkenaan. Ikan berkenaan dikenalpasti sebagai lancetfish (Alepisaurus ferox), sejenis pemangsa nokturnal yang sangat jarang dilihat di kawasan pesisir pantai. 

Ikan ini dikenali menerusi taring dan siripnya yang besar selain tabiatnya yang memakan sesama spesisnya sendiri. Oleh sebab ikan ini agak ganjil maka tidak ramai yang tahu mengenai kitaran hidupnya. Ikan ini juga dari jenis hermaphrodites iaitu mempunyai organ kedua-dua jantina walaupun tiada bukti kukuh bagi versi ikan ini yang dewasa. Ikan ini tidak mempunyai sisik pada kulit luarnya dan boleh membesar sehingga 6.5 kaki (2m) panjang. Ia biasanya mencari makan pada waktu malam dengan memakan sotong dan spesis ikan yang kecil. Selain sebagai pemangsa, ikan ini juga menjadi mangsa buruan haiwan lain seperti singa laut, jerung dan ikan lain bersaiz besar seperti tuna. Ia dikategorikan sebagai tidak sesuai untuk dimakan kerana ototnya yang banyak air. Nelayan menganggap ia spesis 'ikan sampah' dan digunakan sebagai umpan untuk menangkap tuna. 

Oleh kerana sifat ototnya yang banyak air, maka ia mampu bergerak lancar untuk mengejar mangsanya hinggakan saintis menganggap ia seperti penyerang hendap. Ikan ini ditemui di perairan terbuka di laut tropika dan subtropika walaupun ia bergerak sejauh Greenland dan Iceland.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: