MY FOLLOWERS

Monday, August 4, 2014

Artikel - Membawa Telefon Bimbit dan Ketidakupayaan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 
Assalamualaikum.......





Satu kajian menyatakan ia adalah sesuatu yang tidak mustahil. Telefon bimbit dikatakan sebagai antara punca penyakit era moden daripada stres yang kronik hinggalah tumor otak. Pengkaji di Austria dan Mesir telah menambah kondisi lain dalam senarainya. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa pendedahan secara intensif kepada telefon bimbit yang dihidupkan mungkin ada kaitan dengan ED (erectile dysfunction). 

Hasil ini diperolehi selepas menjalankan ujian ke atas dua kumpulan lelaki selama 6 tahun. 20 lelaki dari kumpulan pertama menderita dengan ED manakala 10 lagi dari kumpulan kedua tidak mempunyai masalah kesihatan dari sudut seksual. Setiap peserta ujian ini perlu menjawab soalan soal selidik bagi merekodkan tahap penggunaan telefon bimbit mereka dalam sehari. Tiada beza yang signifikan dari sudut umur, berat, tinggi, atau tabiat merokok antara dua kumpulan ini. 

Namun perbezaan diperhatikan dari jumlah masa yang mereka habiskan dengan telefon yang dihidupkan dalam tangan mereka atau ketika ia dalam poket. Secara purata, mereka yang menderita ED menghabiskan 4.4 jam sehari manakala 1.8 jam sehari bagi mereka yang tidak. Walaubagaimanapun, pengkaji mencadangkan supaya kajian lanjut dijalankan dengan kumpulan sampel yang lebih besar bagi mendapatkan keputusan yang lebih kukuh.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: